Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Mula Paparkan Label Pada Kotak PS5 – Cakera Fizikal Untuk Permainan Baharu Akan Tamat Pada 2028

Tak Lama Selepas Sony Berjaya Tutup Kedai Cetak Rompak PS5, Klon Lain Pula Muncul 

Diterbitkan Oktober 14, 2026 · Dikemas kini Oktober 14, 2026 oleh ariff bukhari

Sony dilaporkan berjaya menutup sebuah platform cetak rompak PlayStation 5 yang dikenali sebagai Overdrive, iaitu sebuah kedai tidak rasmi yang menawarkan akses kepada lebih 1,600 permainan PS4 dan PS5 untuk pengguna konsol yang telah jailbreak.

Menurut laporan, repositori asal projek tersebut di GitHub juga telah dipadam, dipercayai selepas tindakan undang-undang atau notis henti daripada Sony Interactive Entertainment.

Overdrive menjadi popular dalam komuniti modifikasi konsol kerana membolehkan pengguna memuat turun permainan secara terus melalui PS5.

Platform itu turut menawarkan pelbagai ciri seperti sokongan muat turun serentak, pengekstrakan fail automatik dan integrasi dengan perisian tambahan yang membolehkan permainan dipaparkan terus pada skrin utama konsol.

https://x.com/oliver_drk/status/2110124679314764114?s=20

Walau bagaimanapun, usaha Sony untuk membanteras penyebaran perisian tersebut berdepan cabaran besar.

In kerana, hanya selepas beberapa jam repositori asal dipadamkan, beberapa klon dan salinan projek yang sama mula muncul di platform lain.

Malah, ada pembangun yang mengeluarkan versi baharu dengan penambahbaikan serta panduan pemindahan untuk pengguna sedia ada.

Keadaan ini menunjukkan betapa sukarnya untuk menghentikan penyebaran perisian digital sepenuhnya selepas ia tersebar luas di internet.

Meskipun Sony berjaya menyingkirkan sumber asal, kewujudan pelbagai klon menjadikan penguatkuasaan hak cipta semakin mencabar pada masa depan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Sony Umum 2 Fon Kepala Baru Untuk PS5, Akan Dilancar Awal 2027
  • Sony Perangi Scalper PlayStation 5 Pro, Kini Perlu Miliki Sekurang-Kurang 60 Jam Masa Bermain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Indonesia Cadang Beri Telefon Percuma - Setiap Peranti Dilengkapi Akaun Digital
  • UniSHAMS Dan TP-Link Malaysia Jalin Kerjasama Lahirkan Bakat Teknologi Masa Depan Negara
  • 3 Headphone Jenis Retro Terbaik
  • Samsung Kekal Jenama Telefon Pintar Terbesar Di Dunia
  • Permainan Mudah Alih Rasmi Naruto Akan Dilancar Secara Global Di Platform iOS Dan Android
  • GTA 6 Dilapor Akan Tiba Ke Platform PC Seawal 2027
  • Google Akhirnya Buka Akses Model AI Tercanggih, Tapi Hanya Kepada 200 Penyelidik Di Eropah
©2026 WISER.MY