Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aorus GIGABYTE SSD

Harga DRAM Dan Storan SSD Dijangka Naik Mendadak Tahun Ini

Diterbitkan Januari 31, 2024 ยท Dikemas kini Januari 31, 2024 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kenyataan penganalisis dari TrendForce, komponen utama dalam komputer dan peranti pintar iaitu DRAM dan storan SSD akan melihat peningkatan harga mendadak pada tahun 2024 ini.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Kanan TrendForce, Avril Wu, suku pertama tahun ini sahaja sudah menunjukkan peningkatan, dengan TrendForce mengesahkan unjuran awalnya: kenaikan sekitar 13-18% QoQ untuk harga DRAM dan kenaikan 18-23% untuk harga storan SSD.

Harga DRAM Dan Storan SSD Dijangka Naik Mendadak Tahun Ini

TrendForce berkata, harga DRAM dijangka menunjukkan keuntungan yang lebih kecil, tetapi lebih mantap sepanjang tahun.

Ini kerana, peningkatan peratusan memori DDR5 akan meningkatkan harga purata keseluruhan.

TrendForce juga menambah, jika semua orang mengurangkan pengeluaran, jumlahnya akan kekal rendah dan harga akan kekal tinggi. Tetapi kapasiti pengeluaran memori masih kekal di bawah penggunaan 100 peratus.

Sebaliknya, jika pengeluar memori menjadi terlalu agresif dalam meningkatkan pengeluaran, maka bekalan sekali lagi akan mengatasi permintaan – dan harga akan jatuh.

Walaupun situasi itu dijangka tidak akan berlaku, tetapi ia tidak mustahil.

Berkaitan

  • Kad Grafik Komputer Dijual Secara 'Timbang Kilo' Sahaja Di Kaki Lima Di Vietnam
  • Tiga Anak Malaysia Cipta Teknologi Pengecasan Wayarles Pertama Dunia Untuk Kegunaan Angkasa Lepas
  • Infinix SMART 8 Pro Kini Tersedia Dengan Harga RM399

Sumber: TrendForce

Beli DRAM dan storan SSD sekarang di:

Shopee: https://invl.io/clknwfv

Lazada: https://invol.co/clknwgl

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY