Hanya Transaksi Tanpa Tunai Akan Terima Mata Ganjaran GrabRewards

Pada masa ini, anda boleh menikmati sehingga tiga kali ganda mata ganjaran GrabRewards bagi setiap transaksi di bawah. Ia juga melanjutkan “GrabPay Year End Bonus Points” sehingga 15 Mac 2020.



Bermula 2 Disember 2019, semua urusan transaksi bagi pembayaran bil tidak lagi layak untuk menerima mata ganjaran GrabRewards.

Selari dengan usaha kerajaan Malaysia untuk menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai, GrabRewards akan mengemaskini syarat perolehan mata ganjaran GrabRewards. Ini bermakna, mata ganjaran GrabRewards tidak lagi akan ditawarkan bagi pembayaran tunai untuk semua transaksi Grab selepas 15 Mac ini. Anda digalakkan untuk beralih kepada GrabPay untuk terus menikmati mata ganjaran GrabRewards.



Anda boleh menikmati mata ganjaran daripada perkhidmatan Grab dengan hanya serendah 600 mata ganjaran dimana ke semua ahli boleh menebus ganjaran bagi penghantaran makanan dan GrabTransport untuk jumlah mata yang sama.

Selain itu, Grab juga telah mengemaskini syarat tamat tempoh mata ganjaran GrabRewards yang membenarkan anda menyimpan mata ganjaran selagi anda menggunakan perkhidmatan Grab.



Anda perlu membuat satu transaksi Grab setiap bulan bagi melanjutkan tempoh sah tersebut. Apabila melakukan transaksi, mata ganjaran anda akan mempunyai tempoh sah selama tiga bulan.

Terdahulu, Grab Malaysia dijangka akan memperkenalkan GrabPay Card pada tahun ini.

Sumber: Grab