Dalam pada itu, Google menambah sokongan untuk memastikan mesyuarat dalam talian adalah selamat, yang termasuk:
- Hanya penganjur mesyuarat dan pemilik kalendar sahaja yang boleh mendiamkan (mute) atau mengeluarkan peserta lain. Ini untuk memastikan peserta tidak boleh mendiamkan (mute) atau mengeluarkan penganjur.
- Hanya penganjur mesyuarat dan pemilik kalendar yang boleh menerima permintaan baru bagi penyertaan peserta luar. Ini bermaksud, peserta sedia ada tidak boleh membenarkan peserta luar untuk menyertai melalui video sebelum penganjur menerima.
- Peserta tidak boleh kembali menyertai mesyuarat tersebut apabila individu terakhir telah keluar. Jika penganjur adalah individu terakhir yang keluar dari mesyuarat tersebut, peserta tidak boleh sertai kembali tanpa penganjur yang masih aktif.
Google turut menyatakan, semua data disulitkan (encrypted) dalam transit secara default antara klien dan Google untuk persidangan video pada pelayar, aplikasi Android dan iOS. Pada masa ini, perkhidmatan Meet masih dikekalkan sebagai Hangouts Meet by Google pada Play Store, App Store dan laman sesawang G Suite.
Penjenamaan semula dilihat telah dilakukan apabila Google Meet menjadi popular berikutan penularan pandemik Covid-19 yang memaksa pekerja untuk mengadakan mesyuarat secara dalam talian. Penggunaan Google Meet meningkat 25 kali ganda lebih tinggi berbanding bulan Januari, dan menerima lebih dari 2 juta pengguna baru setiap hari.
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Google Bard Kini Lebih "Bijak", Boleh Analisis Video YouTube Secara Spesifik
- Google Pixel 4 XL Didakwa Mempunyai Masalah Pada Panel Belakang
- Google Menjelaskan Isu Paparan Dan Binaan Pixel 5 Sebenarnya Adalah "Bahagian Normal Rekaan"
- Epic Games Kini Senaraikan Fortnite Pada Google Play Store
- Google Assistant Kini Boleh Bacakan Kandungan Laman Web Untuk Anda
- Google Perkenal Android 12 Developer Preview
- Google Secara Tidak Sengaja Memuat Naik Android 11 Developer Preview
- Google Meet Kini Tersedia Sepenuhnya Untuk Gmail Bagi Peranti Android
- Sambut Ulangtahun Ke-15, Google Maps Kemaskini Logo Dan Ciri-Ciri Baru
- Google Umum Acara Pelancaran Pixel 7 Dan Pixel Watch Pada Awal Oktober