Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
haikyu flyhigh

HAIKYU!! FLY HIGH Bakal Rasmi Di App Store Dan Google Play 31 Julai Ini

Diterbitkan Julai 11, 2025 · Dikemas kini Julai 11, 2025 oleh ariff bukhari

Garena mengumumkan permainan mudah alih bertemakan sukan bola tampar, HAIKYU!! FLY HIGH yang berdasarkan anime popular HAIKYU!!

HAIKYU!! FLY HIGH ini membolehkan pemain merekrut, melatih, dan bertanding menggunakan watak ikonik seperti Shoyo Hinata dan Tobio Kageyama dalam perlawanan penuh aksi dengan grafik 3D berkualiti tinggi dan animasi sinematik.

Pra daftar permainan ini sudah pun melebihi 5 juta pemain, sekali gus membolehkan semua pemain menikmati ganjaran istimewa sempena pelancaran seperti tiket rekrut, berlian, emas, dan bingkai sembang eksklusif Shoyo Hinata.

HAIKYU!! FLY HIGH Bakal Rasmi Di App Store Dan Google Play 31 Julai Ini

Permainan ini juga menampilkan suara latar Jepun dan Inggeris, termasuk pelakon asal dari anime, serta tutorial Inggeris yang disuarakan oleh Kiyoko Shimizu, untuk pengalaman permainan yang lebih imersif. 

Permainan ini akan dilancarkan secara rasmi pada 31 Julai ini di App Store dan Google Play.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • MYTV Mana-Mana Premium Dilancar, Langganan Serendah RM6.90 Sebulan
  • HUAWEI Perkenal Siri Pura 80, Akan Tiba Di Malaysia Pada 24 Julai Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY