Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

HUAWEI Perkenal Siri Pura 80, Akan Tiba Di Malaysia Pada 24 Julai Ini

Diterbitkan Julai 11, 2025 oleh ariff bukhari

HUAWEI akhirnya melancarkan siri flagship terbaharunya, HUAWEI Pura 80 Series, yang diperkenalkan untuk peringkat global dalam satu acara di Dubai.

Siri ini yang terdiri daripada HUAWEI Pura 80 Ultra dan HUAWEI Pura 80 Pro menjanjikan revolusi dalam fotografi mudah alih dengan inovasi kamera , reka bentuk premium dan prestasi serba canggih.

Menariknya, HUAWEI turut mengesahkan bahawa siri ini akan memasuki pasaran Malaysia pada 24 Julai ini.

Pura 80 Series tampil dengan rekaan Dazzling Forward Symbol yang diinspirasikan daripada motif matahari.

Pura 80 design PR

Model Pura 80 Ultra misalnya, menonjol dengan modul kamera berbentuk cincin emas yang menyerlahkan semangat kemajuan dan identiti jenama HUAWEI.

Menerusi model Pura 80 Ultra, kekuatan siri ini menonjol dengan keupayaan kameranya yang memperkenalkan sistem kamera Switchable Dual Telephoto yang pertama di industri.

Ia menggabungkan dua panjang fokus optikal – 3.7x dan 9.4x – menggunakan sensor 1/1.28 inci untuk menghasilkan gambar potret sinematik dan zum jarak jauh yang sangat tajam.

Sementara itu, Pura 80 Pro menampilkan kamera Ultra Lighting bersaiz 1 inci yang direka khas untuk menangkap lebih banyak cahaya, membolehkan gambar waktu malam kelihatan lebih terang dan jelas, tanpa mengorbankan ketepatan warna.

Pura 80 Series Photography PR

Siri ini turut dikuasakan oleh sistem HUAWEI XMAGE yang dipertingkat, yang menggabungkan sensor telefoto terbesar dalam industri dengan algoritma pintar.

Ini membolehkan pengguna merakam gambar dan video berkualiti tinggi walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah.

Ciri rakaman video 4K juga tersedia untuk pengguna yang gemar merakam detik-detik penting dalam definisi tinggi.

HUAWEI turut menyepadukan kecerdasan buatan (AI) dalam peranti ini melalui fungsi AI Smart Controls Button.

Butang ini boleh diprogramkan untuk memberikan akses segera kepada fungsi penting seperti kamera, lampu suluh, atau lensa AI. Ia turut dilengkapi pengimbas cap jari untuk keselamatan tambahan. Peningkatan pada AI Noise Cancellation juga menjadikan panggilan telefon lebih jelas dan bebas gangguan bunyi latar.

HUAWEI Perkenal Siri Pura 80, Akan Tiba Di Malaysia Pada 24 Julai Ini

Dari segi prestasi, kedua-dua model diperkasakan dengan bateri besar berkapasiti 5170mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 100W SuperCharge dan 80W  tanpa wayar.

Crystal Armour Kunlun Glass generasi kedua pula menawarkan perlindungan terbaik, dengan rintangan calar dan jatuh yang jauh lebih baik berbanding generasi terdahulu.

Jadi, peminat Huawei tempatan, nantikan kehadiran Siri Pura 80 di Malaysia 24 Julai ini di mana anda boleh membuat bayaran deposit di HUAWEI Experience Store, laman rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada, atau TikTok Shop untuk menerima baucar eksklusif dan hadiah percuma bernilai hingga RM1,428, termasuk HUAWEI FreeBuds Pro 4 dan langganan HUAWEI Care+ selama setahun.

IMAGE 1

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • HONOR Malaysia Tawar Hadiah Harman Kardon Untuk Prapesan Magic V5 Bermula 15 Julai
  • Siri Infinix HOT 60 Kini Di Malaysia, Sokong Komunikasi Tanpa Rangkaian Mudah Alih

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY