Hadiah Percuma Bernilai Sehingga RM1287 Jika Anda Beli Huawei MateBook D 15

Dilancarkan pada tahun lepas di China, Huawei MateBook D 15 merupakan produk terbaru bagi siri jenama itu. Untuk pasaran luar China, Malaysia adalah negara pertama yang akan menerima laptop Huawei MateBook D 15 ini.



Untuk meraikan kedatangan Huawei MateBook D 15 di Malaysia, Huawei telah melancarkan pembelian melalui pra-pesanan dalam talian pada hari ini dengan stok yang terhad. Anda boleh mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,287 yang terdiri daripada Microsoft Office 365, tetikus Bluetooth dan Huawei FreeBuds 3 dengan membuat pra-pesanan MateBook D 15 di HUAWEI Vmall.

MateBook D 15

Anda juga boleh mendapatkan hadiah percuma ini semasa pelancaran jualan Huawei MateBook D 15 pada 18 Januari 2020. Lokasi jelajah akan diadakan di empat lokasi iaitu IOI City Mall, Sunway Pyramid, Queensbay Mall, dan Imago Mall, Sabah.

Huawei MateBook D 15 boleh didapati mulai 18 Januari 2020 dengan harga RM 2,499. Warna yang tersedia ialah Mystic Silver dengan 8GB RAM, 256GB SSD dan 1TB HDD. Ia juga menawarkan tiga port USB (1x USB 3.0 dan 2x USB 2.0), sebuah bicu set kepala 3.5mm, dan port HDMI.