Nak Menang Huawei MateBook D 15? Ikuti Langkah Berikut

Sempena memasuki tahun 2020 , Huawei ingin berkongsi kemeriahannya bersama semua pelanggan setia dengan peraduan sosial seperti 'Like, Share & Comment' di laman rasmi Facebook Huawei Malaysia.

Kepada yang ingin memenangi Huawei MateBook D 15, inilah peluang anda. Peraduan ini bermula 8 sehingga 12 Januari 2020.

Berikut adalah syaratnya :

  1. Ikuti laman rasmi Facebook Huawei Malaysia

  2. Like & Share posting ini dan pastikan akaun anda 'public'.

  3. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahu memenangi Huawei MateBook D 15.

  4. Tag tiga rakan anda beserta #HUAWEIMateBookDI5 di ruangan komen.


Pemenang yang bertuah akan diumumkan pada hari Isnin, 13 Januari 2020.

Huawei MateBook D 15 akan dijual secara rasmi dengan tanda harga RM 2,499 mulai 18 Januari 2020. Ia boleh didapati dengan warna Silver Mystic dan didatangkan dengan 8GB RAM, 256GB SSD dan 1TB. HUAWEI MateBook D 15 juga menawarkan 3 port USB (1 x USB 3.0 dan 2 x USB 2.0), bicu audio 3.5mm dan port HDMI.