Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hab Pengecasan Pantas Pertama PRO-NET Rasmi Di Tanjung Malim, Kadar RM0.80/kWh

Hab Pengecasan Pantas Pertama PRO-NET Rasmi Di Tanjung Malim, Kadar RM0.80/kWh

Diterbitkan September 30, 2025 · Dikemas kini September 30, 2025 oleh Amsyar Latif

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, hari ini melancarkan hab pengecasan pantas (DC Charging Hub) pertamanya di Tanjung Malim. Terletak di bangunan pentadbiran PROTON, kemudahan ini dilengkapi dua pengecas DC dan empat petak pengecasan dengan kuasa gabungan 120kW, membolehkan sehingga empat kenderaan elektrik (EV) dicas serentak.

Hab Pengecasan Pantas Pertama PRO-NET Rasmi Di Tanjung Malim, Kadar RM0.80/kWh

Tidak seperti fasiliti sebelum ini yang dikendalikan penyedia pihak ketiga, hab ini merupakan infrastruktur pengecasan pertama yang diuruskan sepenuhnya oleh PRO-NET.

Hab pengecasan ini dibuka kepada semua pemilik EV tanpa mengira jenama selepas menerima kelulusan lesen EVCS daripada Suruhanjaya Tenaga. Dengan pendekatan inklusif ini, PRO-NET berharap dapat menyokong pertumbuhan penggunaan EV dan rangkaian pengecasan di Malaysia.

Hab Pengecasan Pantas Pertama PRO-NET Rasmi Di Tanjung Malim, Kadar RM0.80/kWh

Menariknya, sistem ini menawarkan pengalaman pengecasan tanpa aplikasi di mana pengguna hanya perlu mengimbas kod QR untuk memulakan pengecasan dan membuat pembayaran melalui antara muka berasaskan web. Bagi pemilik Proton e.MAS dan smart, integrasi penuh juga tersedia melalui aplikasi masing-masing.

Dari segi harga, kadar pengecasan ditetapkan pada RM0.80/kWh, yang dikatakan antara yang terendah di pasaran. Sempena pelancaran, pengguna menikmati diskaun 50% sepanjang Oktober 2025, menjadikan caj hanya RM0.40/kWh.

Berkaitan

  • Lepas Ini, EV Proton Dibuat Di Tanjung Malim
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Stesen Pengecasan EV Terpantas Kini Di KL Eco City, Kuasa Sehingga 350kW

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY