Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gxbank insuran kereta

GXBank Sedang Uji Ciri Insurans Kereta Dalam Aplikasi, Ini Penawarannya

Diterbitkan Julai 8, 2025 · Dikemas kini Julai 9, 2025 oleh Amsyar Latif

GXBank kini sedang menguji produk insurans kereta terbarunya bersama kumpulan pelanggan terpilih. Melalui kerjasama strategik bersama Zurich Malaysia, ini merupakan sebahagian daripada usaha GXBank untuk memudahkan proses pembaharuan insurans kenderaan, yang selama ini dianggap rumit, lambat dan membebankan pengguna.

Dalam fasa awal ini, pelanggan yang terpilih akan menjadi yang pertama mencuba proses pembaharuan insurans kenderaan secara digital, terus dalam aplikasi GXBank. Fokus utama produk ini adalah untuk menjadikan pengalaman yang lazimnya memakan masa kepada sesuatu yang pantas, mudah dan lancar.

Pembaharuan dalam tiga langkah

Melalui pendekatan yang digelar “Three Taps Renewal”, pengguna hanya perlu beberapa klik sahaja untuk menyelesaikan keseluruhan proses pembaharuan. Semua maklumat peribadi dan kenderaan akan diisi secara automatik, membolehkan pengguna menerima sebut harga dalam masa kurang daripada satu minit.

Segala proses dilakukan dalam satu platform. Pengguna boleh mendapatkan sebut harga, memilih perlindungan tambahan seperti pembaharuan cukai jalan digital, dan terus membuat pembayaran menggunakan akaun GX, tanpa perlu keluar daripada aplikasi atau melayari laman lain.

Perlindungan praktikal 

Selain memudahkan proses, produk ini turut menawarkan pelbagai manfaat yang relevan dengan keperluan harian pengguna.

Antaranya termasuk tuntutan kemalangan bernilai di bawah RM3,000 yang boleh diproses dalam masa satu jam melalui WhatsApp, bantuan tepi jalan percuma 24 jam sehari termasuk untuk tayar pancit dan bateri lemah, serta perlindungan cermin hadapan percuma sehingga RM200 tanpa bayaran tambahan.

Siapa yang terlibat?

Projek rintis ini akan dilancarkan secara berperingkat kepada sehingga 6,000 pengguna GXBank di seluruh Malaysia. Pendekatan ini membolehkan pasukan produk mengumpul maklum balas terus daripada pengguna bagi menambah baik pengalaman sebelum ia diperkenalkan kepada orang ramai secara meluas.

Sebagai galakan awal, pengguna yang terpilih berpeluang menikmati diskaun sehingga RM68 untuk tempoh masa yang terhad.

Dengan pengenalan produk baharu ini, GXBank dan Zurich berhasrat untuk memperkenalkan lebih banyak produk perlindungan yang ringkas dan boleh diakses secara digital dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.

Buat masa sekarang, GXBank memaklumkan kepada kami bahawa ciri ini belum ada tarikh rasmi lagi untuk tersedia kepada semua pengguna.

gxbank insuran

Berkaitan

  • GXBank Akan Kenakan Yuran Pengeluaran, Penggantian Kad Bermula 17 April
  • GXBank Hadkan Pengecualian Caj ATM, Tumpu Ganjaran Bayaran QR Mulai Mei Ini
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY