GSMA Akan Pertimbangkan Semula Pembatalan MWC 2020

Setiap tahun, banyak syarikat berpengaruh menyertai Mobile World Congress (MWC) untuk menunjukkan teknologi terkini dan melancarkan produk terbaru mereka. Namun, menjelang acara MWC 2020 pada tahun ini, banyak yang telah menarik diri berikutan kebimbangan wabak Coronavirus.

Menurut laporan La Vanguardia, GSMA akan mengadakan mesyuarat pada 14 Februari ini untuk memutuskan sama ada acara MWC 2020 akan diteruskan. Namun, GSMA tidak mengumumkan secara rasmi dan tiada ulasan lanjut mengenai mesyuarat itu.

GSMA MWC 2020

Pada masa ini, senarai syarikat yang menarik diri dari acara tersebut semakin bertambah. Antara syarikat yang telah mengesahkan menarik diri termasuk Sony, Intel, NVIDIA, Vivo, Amazon dan sebagainya. Dengan acara yang dijadualkan semakin hampir, senarai ini dijangka akan semakin bertambah.

Tahun lalu, acara MWC 2019 menjadi tuan rumah kepada 109,000 pelawat dari 198 negara. Pada tahun ini, MWC menjangkakan akan membawa lebih banyak pelawat dengan anggaran kehadiran lebih 110,000. Membatalkan acara tersebut juga akan melibatkan anggaran kerugian sekitar $537 juta.

Namun, dengan pertambahan senarai syarikat yang menarik diri dari acara tersebut, GSMA mungkin tiada pilihan lain selain membatalkan atau menjadual semula acara tersebut.

Sumber: Android Central