Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SuperHuman Grammarly_

Grammarly Kini Dijenamakan Semula ‘Superhuman’ – Perkenal Pembantu AI Superhuman Go

Diterbitkan Oktober 30, 2025 ยท Dikemas kini Oktober 30, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas mengambil alih Superhuman Mail pada Julai lalu, Grammarly kini dijenamakan semula sebagai “Superhuman”.

Walaupun berlaku perubahan nama syarikat, produk Grammarly masih akan menggunakan nama asalnya.

Selain penjenamaan semula, syarikat itu turut melancarkan pembantu AI baharu dikenali sebagai Superhuman Go, yang dibina dalam sambungan (extension) sedia ada Grammarly. Pembantu AI ini boleh memberi cadangan penulisan, maklum balas terhadap e-mel serta boleh disambungkan dengan aplikasi lain seperti Gmail, Google Drive dan Google Calendar.

Melalui integrasi ini, Superhuman Go mampu melaksanakan tugasan seperti merekod tiket atau mendapatkan jadual ketersediaan pengguna ketika menetapkan mesyuarat.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/10/30115833/Superhuman_Go_UI_Animation_Header_2x_1.mp4

Pengguna boleh mencuba Superhuman Go dengan mengaktifkan suis (toggle) dalam sambungan Grammarly, yang membolehkan ia disambungkan kepada pelbagai aplikasi lain.

Superhuman turut menyediakan agent store yang menawarkan pelbagai agen tambahan, termasuk pemeriksa plagiat dan penyemak tatabahasa, yang diperkenalkan pada Ogos lalu.

Buat masa ini, Superhuman Go boleh digunakan secara percuma dalam fasa akses awal melalui Grammarly untuk Chrome dan Grammarly untuk Edge.

Berkaitan

  • 15 Satelit Yang Telah Dilancarkan Malaysia Ke Orbit Bumi Sejak 1996 - Bah. 1
  • 6 Alat AI Untuk Pelajar Guna Belajar Dengan Lebih Cekap
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • ROBLOX Hadap Fahmi Fadzil, Bincang Pelaksanaan ONSA Di Platform Tersebut

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY