Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (4)

6 Alat AI Untuk Pelajar Guna Belajar Dengan Lebih Cekap

Diterbitkan Oktober 17, 2025 oleh ainabatrisyia

Selalu kita dengar, “Study smart, not study hard”. Tapi masih ramai belum tahu bagaimana caranya untuk ‘study smart’.

Pada era teknologi AI semakin membangun ini, proses pembelajaran mampu jadi lebih efisien. Terdapat pelbagai alat AI yang mudah untuk anda gunakan bagi memudahkan proses pembelajaran serta membantu dalam menyelesaikan tugasan.

Berikut merupakan 6 alat AI, dikelaskan mengikut fungsi, yang boleh digunakan oleh anda.

Penyelidikan dan Penulisan

  • Grammarly – AI yang akan bantu anda dalam menyemak ejaan, tatabahasa, serta membantu anda untuk tulis ayat yang lebih jelas, kemas, dan profesional.

6 Alat AI Untuk Pelajar Guna Belajar Dengan Lebih Cekap

  • ChatPDF – Anda boleh muat naik PDF  dan AI ini akan menerangkan isi-isi penting dalam PDF tersebut dalam bahasa yang mudah difahami dengan ringkas. Dengan AI ini, anda juga boleh bertanyakan soalan tentang PDF yang anda muat naik tadi.

6 Alat AI Untuk Pelajar Guna Belajar Dengan Lebih Cekap

Nota

  • Meeting.ai – Boleh digunakan untuk mengambil nota daripada kelas atau mesyuarat atas talian dan bersemuka tanpa menulis. Anda hanya perlu mengaktifkan mode rakam, dan AI ini akan terus catatkan nota yang lengkap untuk anda. AI ini juga terdapat dalam bentuk aplikasi yang boleh dimuat turun di peranti Android serta Apple.

6 Alat AI Untuk Pelajar Guna Belajar Dengan Lebih Cekap

Pembentangan

  • Gamma AI – AI ini pula sangat sesuai jika anda ingin menghasilkan slaid pembentangan yang kemas dan cantik dalam masa yang singkat. Anda boleh memuat naik PDF dan terus jana slaid yang menarik berdasarkan PDF tersebut. Di sini juga terdapat banyak slaid dengan pelbagai warna dan corak.

Gamma ai

Kuiz dan Flashcards

  • Wayground – AI yang dulunya dipanggil Quizizz ini, boleh digunakan untuk menjana kuiz yang menarik hanya dengan memuat naik PDF, kertas kerja atau Google Form. Selain pelajar, AI ini juga sesuai digunakan oleh para guru untuk menjana bahan mengajar yang seronok dengan pantas.

6 Alat AI Untuk Pelajar Guna Belajar Dengan Lebih Cekap

  • Jungle AI – Lebih kurang seperti Wayground, AI ini juga boleh menjana kuiz berdasarkan PDF yang dimuat naik. Malah, ia juga mampu menjana flashcards bagi memudahkan proses mengulang kaji. PDF yang dimuat naik juga boleh ditukarkan kepada nota yang mudah dibaca menggunakan AI ini.

6 Alat AI Untuk Pelajar Guna Belajar Dengan Lebih Cekap

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • ChatGPT Go Kini Rasmi Di Malaysia – Pelan Langganan Mampu Milik Pada Harga RM38.99/bulan
  • Google Lancar Pelan AI Plus Di Malaysia – Akses Gemini 2.5 Pro & 200GB Storan, Harga RM23.99 Sebulan
  • Pelajar Kini Boleh 'Claim' Google AI Pro Secara Percuma Selama Setahun - Ini Caranya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY