AMD secara rasmi memperkenalkan dua kad grafik baharu di COMPUTEX 2025, iaitu Radeon RX 9060 XT dan Radeon AI PRO R9700 yang mana ia adalah langkah besar pertama dalam era seni bina RDNA 4.
Kedua-duanya membawa peningkatan ketara dari segi prestasi grafik dan keupayaan AI untuk pengguna, pencipta kandungan dan profesional.
Radeon RX 9060 XT
Disasarkan kepada pemain yang mahukan pengalaman lancar dalam resolusi 1440p, Radeon RX 9060 XT hadir dengan 32 compute units, dilengkapi sehingga 16GB memori GDDR6 dan Infinity Cache 32MB.
Dengan seni bina RDNA 4 dan FSR 4 yang ditambah baik dengan AI, GPU ini mampu menggandakan prestasi ray tracing berbanding generasi sebelumnya.
Model ini menyokong teknologi seperti:
- FidelityFX Super Resolution 4 (FSR 4) dengan pembelajaran mesin
- HYPR-RX, yang merangkumi Radeon Super Resolution dan Fluid Motion Frames
- Sokongan FP8 dan sparsity, menjadikannya sesuai untuk pengalaman permainan dan kreatif berasaskan AI
Terdapat dua varian:
- RX 9060 XT 8GB – 150W TDP, harga jangkaan USD 299 (~RM1,276)
- RX 9060 XT 16GB – 160W TDP, harga jangkaan USD 349 (~RM1,484)
Kedua-dua model ini dijangka berada di pasaran melalui rakan kongsi seperti ASUS, Gigabyte, Sapphire, dan XFX menjelang hujung tahun ini.
Radeon AI PRO R9700
Untuk pengguna profesional dan pembangun AI, AMD memperkenalkan Radeon AI PRO R9700, GPU RDNA 4 dengan pemecut AI generasi kedua yang menyasarkan tugas seperti inferens model, penalaan tempatan (fine-tuning), rendering kompleks dan simulasi berat.
Spesifikasi utama:
- 64 compute units
- 32GB VRAM
- Antara muka memori 256-bit
- Infinity Cache 64MB
- TDP 300W
- Sokongan penuh PCIe Gen 5
- Sokongan ROCm untuk Linux, dan Windows tidak lama lagi
GPU ini direka untuk skalabiliti, termasuk penggunaan dalam sistem banyak GPU untuk beban kerja AI dan grafik yang lebih besar.
Ketersediaan Radeon AI PRO R9700 dijangka bermula Julai 2025 melalui pengeluar dan pembina sistem profesional.
{suggest}