Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri AMD Ryzen Threadripper 9000 Bawa Prestasi ‘Workstation’ Ke Tahap Baharu

Posted on Mei 22, 2025

Pada COMPUTEX 2025, AMD memperkenalkan siri pemproses Ryzen Threadripper 9000 dan Threadripper PRO 9000 WX, khusus untuk pengguna profesional, pencipta kandungan, dan pembangun AI yang perlukan kuasa pemprosesan luar biasa.

Model tertinggi dalam barisan ini, Ryzen Threadripper PRO 9995WX, menawarkan 96 teras dan 192 bebenang dengan kelajuan sehingga 5.4GHz dan cache keseluruhan 480MB.

Pemproses ini menyasarkan penggunaan seperti simulasi fizik, VFX, rendering kompleks dan penalaan model AI secara lokal, tanpa keperluan bergantung kepada awan.

Semua model dalam siri PRO hadir dengan 128 laluan PCIe 5.0, sokongan memori besar, serta teknologi AMD PRO untuk keselamatan dan kebolehurusan tahap perusahaan.

Untuk pengguna high-end desktop (HEDT), AMD turut menawarkan siri Threadripper 9000 biasa seperti Threadripper 9980X dengan 64 teras dan 128 bebenang. Ia sesuai untuk pembangun perisian, pencipta kandungan dan profesional yang mahu prestasi stesen kerja tetapi dalam bentuk sistem DIY.

Kesemua pemproses dalam siri ini menggunakan TDP 350W dan dibina atas platform terkini untuk prestasi konsisten di bawah beban kerja tinggi.

Model PRO akan ditawarkan melalui pengeluar utama seperti Dell, HP, Lenovo dan Supermicro. Bagi pengguna individu dan sistem binaan sendiri, model HEDT serta beberapa model PRO terpilih akan mula dijual bermula Julai 2025.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress