Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS GeForce RTX 5080 Noctua Edition

GPU ASUS Ini Yang Pertama Dengan 3 Kipas 120x25mm

Diterbitkan Ogos 25, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 25, 2025 oleh ariff bukhari

ASUS telah memperkenalkan kad grafik edisi khas, GeForce RTX 5080 Noctua Edition, yang merupakan kad grafik kelima hasil kerjasama dengan Noctua.

Istimewanya kad grafik ini adalah ia model GPU permainan pertama dengan konfigurasi tiga kipas bersaiz 120x25mm serta yang pertama menggunakan kipas Noctua NF-A12x25 G2.

Ia dilengkapi ciri penyejukan heatsink (penenggelam haba bersirip) yang direka khas dengan ruang pelepas haba besar serta 11 heatpipe.

ASUS GeForce RTX 5080 Noctua Edition
GPU ASUS GeForce RTX 5080 Noctua Edition mengekalkan gaya ikonik Noctua berwarna coklat-beige. ASUS mengesyorkan sekurang-kurangnya ia dikuasakan unit bekalan kuasa 850 watt untuk kad grafik ini.

Reka bentuk ini sekali gus memberikan penyejukan ultra senyap, menjadikannya kad grafik paling senyap dalam kelasnya, tapi menyampaikan prestasi tinggi.

Ia menyokong ciri NVIDIA terkini seperti DLSS 4 dengan Multi Frame Generation dan Ray Reconstruction, serta hadir dengan 16GB GDDR7 VRAM dan 1858 AI TOPS.

Kad ini sesuai untuk gamer dan pencipta kandungan yang mementingkan prestasi grafik tinggi dengan tahap bunyi minimum.

RTX5080-O16G-NOCTUA box with card

Untuk lebih tetapan lagi, pengguna boleh memuat turun perisian ASUS GPU Tweak III secara percuma yang membolehkan pengguna melakukan overclock pada ASUS GeForce RTX 5080 Noctua Edition dengan satu klik, memantau spesifikasi, dan menyelaraskan pelbagai lagi tetapan lain untuk memanfaatkan prestasi penuh kad ini.

Setiap pembelian ASUS GeForce RTX 5080 Noctua Edition ini didatangkan dengan akses percuma Adobe Creative Cloud selama sebulan. Walau bagaimanapun, ASUS tidak mengumumkan harga jualan kad grafik ini.

Tapi sebagai perbandingan, harga GPU bagi siri ASUS GeForce RTX 5080 ini adalah sekitar RM5,500 hingga RM8,500.

Berkaitan

  • Asus Tayang GPU RTX 5090 Dari Emas Tulen Seberat 5Kg Bernilai Lebih RM2 Juta
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • Malaysia Lancar Bank Pertama Di Dunia Dikuasakan AI

Sumber: Noctua

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY