Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GPT 5.3 Instant

OpenAI Perkenal GPT-5.3 Instant – Jawapan Lebih Tepat, Kurang ‘Cringe’

Diterbitkan Mac 4, 2026 · Dikemas kini Mac 4, 2026 oleh Amalina Athman

OpenAI hari ini memperkenalkan GPT-5.3 Instant, yang dikatakan mampu memberikan jawapan lebih tepat serta hasil carian web yang lebih berkonteks.

Kemas kini ini juga mengurangkan respons yang berakhir tanpa penyelesaian jelas, penafian yang tidak perlu dan frasa yang terlalu bersifat deklaratif.

Selain itu, jawapan GPT-5.3 Instant kini lebih berfakta berbanding model terdahulu, dengan pengurangan kesilapan atau “halusinasi” merentasi pelbagai topik.

Menurut OpenAI, nada GPT-5.2 Instant kadangkala boleh terasa “cringe”, sehingga nampak memaksa atau membuat andaian yang tidak wajar tentang niat atau emosi pengguna. GPT-5.3 Instant menawarkan gaya perbualan yang lebih semula jadi dan mengurangkan frasa dramatik seperti “Berhenti. Tarik nafas”.

We heard your feedback loud and clear, and 5.3 Instant reduces the cringe. pic.twitter.com/WqO0XzLcVu

— OpenAI (@OpenAI) March 3, 2026

Sebelum ini, pengguna turut mendapati GPT-5.2 Instant kadang-kadang menolak soalan yang sepatutnya boleh dijawab atau memberikan respons yang terlalu berhati-hati apabila berdepan topik sensitif. GPT-5.3 Instant mengurangkan penolakan ini dan memperlahankan pembukaan yang terlalu defensif atau bersifat mengajar sebelum menjawab soalan.

Apabila jawapan yang sesuai boleh diberikan, model ini kini akan menyampaikannya terus dengan fokus kepada soalan pengguna tanpa penjelasan berjela dan tidak perlu.

GPT-5.3 Instant juga memberikan jawapan lebih berkualiti berdasarkan maklumat dari web. Model ini lebih berkesan dalam mengimbangi maklumat yang ditemui dalam talian dengan pengetahuan dan daya pemikirannya sendiri.

Ketersediaan

GPT-5.3 Instant boleh diakses bermula hari ini oleh semua pengguna ChatGPT, dan juga pembangun melalui API di bawah nama ‘gpt-5.3-chat-latest’. Kemas kini untuk versi Thinking dan Pro akan menyusul tidak lama lagi.

Versi sebelumnya, GPT-5.2 Instant, masih akan kekal selama tiga bulan untuk pengguna berbayar sebelum ditamatkan pada 3 Jun 2026.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Ciri Baharu GPT-5.2 Yang Perlu Anda Tahu
  • OpenAI Turunkan Harga Langganan ChatGPT Go Di Malaysia
  • OpenAI Mula Uji Iklan Dalam ChatGPT Untuk Akaun Percuma, Go
  • Pengguna Aktif Mingguan ChatGPT Kini Cecah 900 Juta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY