Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Retiring GPT-4o, GPT-4.1, GPT-4.1 mini, and OpenAI o4-mini in ChatGPT

OpenAI Tamatkan GPT-4o, Beberapa Model Lain Dalam ChatGPT – Bermula 13 Februari

Diterbitkan Januari 30, 2026 · Dikemas kini Januari 30, 2026 oleh Amalina Athman

OpenAI kini mengumumkan beberapa model kecerdasan buatan (AI) terdahulu, termasuk GPT-4o, GPT-4.1, GPT-4.1 mini dan o4-mini akan ditamatkan penggunaannya dalam ChatGPT, bermula 13 Februari 2026.

Untuk rekod, penggunaan GPT-4o sebenarnya pernah dihentikan sebelum ini. Namun, syarikat itu menerima kritikan selepas menamatkan akses kepada model tersebut susulan pelancaran model baharu, GPT-5.

OpenAI kemudian mengembalikan semula akses GPT-4o untuk pengguna berbayar. CEO OpenAI Sam Altman turut berjanji untuk memberikan “notis yang mencukupi” sekiranya syarikat ingin menamatkan model tersebut.

Menurut OpenAI, walaupun pengumuman ini melibatkan beberapa model lama, GPT-4o memerlukan sedikit konteks khas. Selepas ia mula dihentikan dan kemudian dipulihkan semula, syarikat itu mendapat lebih banyak maklumat mengenai cara penggunaan harian pengguna.

Maklum balas itu turut memberi kesan langsung kepada pembangunan GPT-5.1 dan GPT-5.2, termasuk penambahbaikan pada personaliti model.

Dengan pengumuman terbaru ini, OpenAI menjelaskan penamatan GPT-4o dan model lama lain dibuat kerana majoriti pengguna kini telah beralih kepada GPT-5.2, dengan hanya 0.1% pengguna masih memilih GPT-4o setiap hari.

“Menamatkan model bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ia membolehkan kami menumpukan perhatian kepada penambahbaikan model yang digunakan oleh kebanyakan orang hari ini.”

Buat masa ini, model-model lama tersebut masih boleh diakses melalui API. Ini membolehkan pembangun yang menggunakannya dalam projek mereka mempunyai masa untuk menyesuaikan aplikasi sebelum penamatan penuh berlaku.

Berkaitan

  • OpenAI Akan "Tamatkan" GPT-4, Era GPT-4o Di ChatGPT Bermula
  • Ciri Baharu GPT-5.2 Yang Perlu Anda Tahu
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza
  • OpenAI Lancar Sistem Anggaran Umur Di ChatGPT - Perlindungan Tambahan Untuk Akaun Remaja

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY