Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI mini 3 1

5 Sebab Korang Patut Beli DJI Mini 3

Diterbitkan Januari 5, 2023 · Dikemas kini Januari 9, 2023 oleh ariff bukhari

Meneruskan legasi siri mininya, DJI telah pun melancarkan model terbaru DJI Mini 3 pada lewat tahun 2022 lalu.

DJI Mini 3 hadir dengan spesifikasi menarik pada harga kompetetif, sekaligus menjadikannya sebagai dron yang mesti dimiliki oleh para peminat dron.

{snap}

1. Spesifikasi gempak, harga berpatutan

DJI mini 3 2

DJI Mini 3 bolehlah dikategorikan sebagai dron permulaan yang sesuai untuk mereka yang mahu berjinak-jinak dalam bidang ini.

Pada harga permulaan serendah RM1,099, ia amat berbaloi kerana DJI Mini 3 dilengkapi dengan spesifikasi yang hampir setanding dengan dron profesional.

{snap}

2. Saiz kompak

DJI mini 3 3

DJI menawarkan penyelesaian kepada pelanggannya untuk membawa masuk dron ke dalam sesebuah negara dengan menawarkan sebuah dron berkuasa dalam saiz kompak.

Malah dengan berat yang kurang daripada 249 gram, Mini 3 adalah ringan untuk dibawa ke mana jua dan terkecuali daripada kebanyakan peraturan dron yang ditetapkan di beberapa buah negara.

{snap}

3. Kamera berkualiti

DJI mini 3 4

DJI Mini 3 dilengkapi dengan penstabil kamera, zoom digital sehingga 4x serta sensor 12MP yang berupaya merakam video sehingga 4K/30fps serta imej bersaiz 4000×3000.

Kameranya juga menyokong rakaman menegak yang membolehkan anda menghantar rakaman video dan foto terus ke pelbagai platform media sosial.

{snap}

4. Terbang lama

DJI mini 3 5

DJI menaik taraf keupayaan bateri penerbangan dron mini 3 dengan memuatkan bateri berkapasiti 2453 mAh yang dilengkapi ciri pintar yang dikenali sebagai Intelligent Flight Battery.

Ciri yang ada pada bateri itu membolehkan Mini 3 diterbangkan selama 38 minit. Tetapi jika itu masih belum memadai, DJI ada menawarkan bateri berkapasiti 3850 mAh dengan ciri Intelligent Flight Battery Plus.

Sekaligus membolehkan dron ini diterbangkan sehingga 51 minit.

{snap}

5. Antaramuka aplikasi mudah digunakan

DJI mini 3 5

Sebagai sebuah dron permulaan, mini 3 sememangnya sangat mudah dikawal. Menjadikannya lebih mudah adalah dengan adanya alat kawalan jauh DJI RC yang lengkap dengan paparan bersaiz 5.5 inci.

Antaramuka aplikasi di DJI RC sangat mudah difahami dan jelas dilihat walau dalam di bawah cahaya matahari yang terang.

Malah bagi membantu pengguna mengawal lebih baik dan memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri yang ada pada DJI RC, DJI ada menawarkan latihan menerusi DJI Academy yang boleh diakses terus dari DJI RC.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY