Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GoPayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025, Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna

GoPayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025, Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna

Diterbitkan Januari 31, 2025 ยท Dikemas kini Januari 31, 2025 oleh Amsyar Latif

GoPayz, sebuah perkhidmatan e-dompet di Malaysia, akan menamatkan operasinya pada 31 Mac 2025. Selepas tarikh tersebut, pengguna tidak lagi dapat mengakses atau menggunakan perkhidmatan GoPayz.

Ini bermakna, hari terakhir untuk pengguna mengakses dan menggunakan perkhidmatan tersebut adalah pada 11:59 malam, 31 Mac 2025 depan.

Tindakan yang perlu diambil oleh pengguna:

  1. Gunakan atau keluarkan baki akaun: Sebelum 31 Mac 2025, pastikan anda menggunakan atau mengeluarkan semua baki yang terdapat dalam akaun GoPayz anda. Untuk pengeluaran baki, lengkapkan Borang Permintaan Perkhidmatan atau Penutupan e-dompet yang disediakan dalam aplikasi GoPayz.
  2. Tutup Akaun GoPayz: Setelah mengeluarkan baki, anda disarankan untuk menutup akaun GoPayz anda. Pihak GoPayz juga memaklumkan yang mereka akan meneruskan penutupan akaun pelanggan selepas 31 Mac 2025, khusus kepada pelanggan yang tidak mengambil sebarang tindakan sebelum tarikh penutupan operasi.

Untuk maklumat lanjut atau bantuan, sila rujuk laman web rasmi GoPayz atau hubungi perkhidmatan pelanggan mereka.

Berkaitan

  • Guna 5 e-Dompet Ini Apabila Anda Berkunjung Ke Malaysia
  • KTMB Beralih Ke Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Sepenuhnya Mulai 1 Januari 2025
  • Senator Cadang e-Dompet Sebagai Mekanisme Salur Subsidi RON95
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY