Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
alipay+ 7-eleven

Guna 5 e-Dompet Ini Apabila Anda Berkunjung Ke Malaysia

Diterbitkan Ogos 30, 2023 oleh ariff bukhari

Menjelang akhir tahun ini, pengguna 5 e-dompet Asia terkemuka, termasuklah AlipayHK (Hong Kong SAR), GCash (Filipina), Kakao Pay (Korea Selatan) dan TrueMoney (Thailand), akan dapat menikmati pembayaran tanpa tunai dengan  mengimbas QR DuitNow menerusi Alipay+ apabila mereka berkunjung ke Malaysia.

Sokongan ke atas e-dompet itu selepas MOU yang ditandatangani antara Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan Ant Group baru-baru ini yang sekaligus akan membolehkan lebih ramai pengembara Asia ke Malaysia menikmati pengalaman pembayaran digital yang lancar di lebih 1.8 juta rakan niaga di seluruh negara.

Malah penduduk Malaysia juga akan dapat membayar dengan e-dompet negara asal mereka di luar negara.

Di samping itu, kerjasama berkenaan akan membolehkan e-dompet di Malaysia yang disokong PayNet diterima oleh rangkaian rakan niaga Alipay+ di seluruh dunia pada tahun 2024.

Alipay+ Partners PayNet to Promote Seamless Payment for Inbound and Outbound Malaysian Travellers
Lebih banyak e-dompet dijangka akan turut serta dalam beberapa bulan akan datang.

Alipay+ merupakan  penyelesaian pembayaran dan pemasaran digital rentas sempadan global yang dikendalikan oleh Ant Group.

Selain Malaysia, Alipay+ juga diterima secara meluas di destinasi seperti China, Macao SAR, Singapura, Thailand, Jepun dan Korea Selatan, dan sebagainya.

DuitNow QR merupakan Piawaian QR Kebangsaan Malaysia dikendalikan oleh PayNet, yang membolehkan rakan niaga menerima pembayaran daripada pelanggan dari pelbagai bank dan pengendali e-dompet yang terlibat menerusi satu kod QR universal.

Berkaitan

  • 7-Eleven Terima Pembayaran Melalui AlipayHK, GCash, Kakao Pay Dan TrueMoney
  • 'Samsung Solve for Tomorrow' Kembali, Pelajar Dan Sekolah Berpeluang Menang Hadiah Bernilai RM30 Ribu
  • Pakej 5G Rahmah: Yes Tawar RM35 Untuk 100GB, RM58 Untuk Data Tanpa Had

Sumber: Siaran media Alipay+

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY