Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel_

Bloomberg: Google Cari Pembekal Untuk Pindahkan Beberapa Pengeluaran Pixel Ke India

Diterbitkan Jun 20, 2023 oleh Amalina Athman

Google mula mencari pembekal untuk memindahkan sebilangan pengeluaran peranti Pixel ke India, menurut laporan Bloomberg.

Berkaitan

  • Google Akan Padam Akaun Tidak Aktif Lebih 2 Tahun, Mulai Disember Ini
  • Google Tambah Lebih Banyak Iklan Di Play Store
  • Google Lens Mampu Kenal Pasti Ruam Dan Penyakit Kulit Melalui Kamera Telefon

Ketika ini, Google dikatakan dalam perbincangan awal dengan beberapa syarikat termasuk Lava International, Dixon dan Foxconn Technology bagi unit India.

Jika ia dimuktamadkan kelak, Google akan menjadi syarikat teknologi terkini yang memindahkan pengeluaran ke India. Terdahulu, Apple turut memperluas pangkalan pembekal serta menggandakan pengeluaran iPhone di India.

Namun, buat masa ini, tidak dapat dipastikan perbincangan tersebut akan menghasilkan rundingan atau sebaliknya Google memilih untuk tidak memindahkan pengeluaran Pixel ke India.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY