Google Akan Kenalkan Logo Android Bersama 'Wordmark' Baharu

Google mengesahkan pada 9to5Mac bahawa mereka akan bawakan identiti baharu untuk  jenama Android.



Jika anda ikuti acara Google I/O baru-baru ini, anda mungkin perasan kepala robot Android yang ditayangkan sedikit hadir dengan beberapa konsep berbeza tetapi semuanya dalam 3D.


We’re showcasing some elements of our new brand identity on various surfaces, including our CES booth from earlier this year and other campaign materials like digital & banner ads. We’ll have more to share in the coming months. - Google



Nampaknya memang Google akan memperkenalkan logo Android baharu dengan sedikit perubahan di mana ia hadir dengan rekaan 3D berbanding 'flat' sekarang.



Bahkan, rekaan perkataan "Android" pun menggunakan typeface berbeza serta ia bukan lagi huruf kecil seperti selama ini "android" tetapi huruf "A" ialah huruf besar.

android logos 2007 2014 2019 Kapsyen: Sumber: Android Authority


Wordmark baharu ini terdapat pada salah satu iklan Android dengan Galaxy S23 Ultra.



"Kami pamerkan beberapa elemen daripada identiti baru jenama pada pelbagai barang, termasuklah reruai CES awal tahun tempoh hari dan bahan kempen lain seperti sepanduk dan iklan digital. Kami akan kongsikan lebih lagi dalam bulan-bulan mendatang," jawab Google pada 9to5Mac berkenaan imej baharu ini.



Dalam I/O 2023, Google tidak menggunakan wordmark baharu lagi, sebaliknya masih kekal dengan "android" yang berhuruf kecil.

{suggest}

Sama-sama kita nantikan bila Google akan rasmikan logo baharu Android ini.



Jika anda ingin ketahui kisah bagaimana logo asal Android tercipta dan kenali penciptanya iaitu wanita dari Rusia, baca artikel INI.

Sumber: 9to5Mac