Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Secara Tidak Sengaja Memuat Naik Android 11 Developer Preview

Google Secara Tidak Sengaja Memuat Naik Android 11 Developer Preview

Diterbitkan Februari 14, 2020 oleh Amalina Athman

Google hari ini membuat beberapa perubahan pada laman web Developers yang merujuk kepada Android 11. Namun, disebabkan Google masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenainya, perubahan yang berlaku itu mungkin adalah kesilapan dari seseorang dalam pasukan developer preview tersebut.

Google juga telah menurunkan kembali halaman tersebut dan dengan pergi ke pautan ini, ia hanya membawa anda ke halaman asal untuk Android 10. Walau bagaimanapun, laman web Android Police telah berjaya menangkap layar halaman itu sebelum Google menurunkannya.

Android 11 Developer Preview
Android Police

Pada masa ini, tiada butiran lain pada halaman tersebut yang dikemaskini selain ia berfungsi “dengan mana-mana peranti Pixel” dan APIs bagi foldable, sambungan Vulkan serta lebih banyak ciri-ciri privasi. Pendaftaran Pixel bagi pratonton tersebut juga masih menunjukkan program Q Beta.

Tidak dapat dipastikan jika pratonton tersebut akan datang tidak lama lagi atau hanya kesilapan besar. Tahun lalu, pratonton yang pertama bagi Android 10 dikeluarkan pada awal Mac. Kemungkinan juga pada tahun ini, Android 11 akan dikeluarkan pada bulan hadapan.

Sumber: Android Central via Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY