Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini Chrome Segera, Anda Mungkin Terdedah Kelemahan Keselamatan ‘Kritikal’

Google Akan Mematikan Kuki Untuk 30 Juta Pengguna Chrome Pada 4 Januari 2024

Diterbitkan Disember 18, 2023 oleh ariff bukhari

Google telah mengumumkan bahawa ia akan memulakan penamatan cookies (kuki) internet yang dinanti-nantikan bermula pada 4 Januari.

Cuma untuk peringkat awal, ia hanya akan melibatkan seramai 1% pengguna Chrome, atau kira-kira 30 juta orang.

Ia merupakan langkah  pertama dalam projek Privacy Sandbox yang bertujuan untuk menggantikan kuki dengan jenis penjejakan yang berbeza yang dikatakan oleh Google lebih baik untuk privasi pengguna pelayar Chrome.

“Pada 4 Januari, kami akan mula menguji Perlindungan Penjejakan ( Tracking Protection), ciri baharu yang mengehadkan penjejakan merentas tapak dengan menghadkan akses tapak sesawang kepada kuki pihak ketiga secara lalai.” Google.

Google menyatakan, peserta yang terlibat untuk Perlindungan Penjejakan bahari itu dipilih secara rawak.

“jika anda dipilih, anda akan dimaklumkan apabila anda membuka Chrome sama ada di desktop atau peranti Android.

Google Akan Mematikan Kuki Untuk 30 Juta Pengguna Chrome Pada 4 Januari 2024

Kuki pihak ketiga telah menjadi sebahagian asas sesawang selama hampir 3 dekad.

Ia adalah sebagai cara utama untuk mengesan pengguna dalam talian. Kuki membolehkan tapak sesawang bekerjasama dengan syarikat lain termasuk Google dan banyak orang lain untuk mengawasi semua yang anda lakukan dalam talian.

Ia bagus untuk syarikat tetapi tidak untuk privasi pengguna kerana ini bermaksud terdapat banyak perniagaan dapat menyimpan sejarah semua pelayaran sesawang anda.

Jadi, dengan memperkenalkan Perlindungan Penjejakan kepada sebahagian kecil peratusan pengguna Chrome, ia dapat membantu pembangun menguji kesediaan mereka untuk sesawang tanpa kuki pihak ketiga yang diguna ketika ini.

Berkaitan

  • Touch 'n Go Perkenal LUXE Card - Titan Edition
  • Buat Ini Kalau Bar Carian Google Play Store Hilang
  • Honor Pad 9 Akan Dilancar Dengan Skrin Seakan Kertas

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY