Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel 3 Mungkin Bakal Diperkenalkan Pada 9 Oktober Ini

Google Pixel 3 Boleh Dipra-tempah Bermula 9 Oktober, Bakal Hadir Dengan Pilihan Warna Baru

Diterbitkan Oktober 5, 2018 oleh Haikel Areff

Google telah mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan satu majlis untuk memperkenalkan secara rasmi peranti Google Pixel 3 dan Pixel 3XL pada 9 Oktober ini.

Malah, menurut laporan BGR, Google dikatakan akan terus membuka pra-tempahan bagi telefon pintar berkenaan sejurus selepas majlis tersebut selesai. Hal ini kerana Google didakwa sudah menghantar kiriman e-mel kepada beberapa pelanggannya mengenai perkara itu.

Google Pixel 3 Boleh Dipra-tempah Bermula 9 Oktober, Bakal Hadir Dengan Pilihan Warna Baru

Pada awalnya, Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL ini dilaporkan akan hadir dengan tiga pilihan iaitu Hitam, Putih dan Aqua. Ini berdasarkan satu imej GIF yang terdedah di internet sebelum ini.

Bagaimanapun, menurut laporan yang terkini dari Android Headlines, satu lagi warna yang digelar ‘Sand’ akan dikeluarkan. Sand ialah warna yang seakan merah jambu lembut. Mungkin Google mahu menarik golongan wanita untuk memilikinya.

Google Pixel 3 Boleh Dipra-tempah Bermula 9 Oktober, Bakal Hadir Dengan Pilihan Warna BaruKredit : Android Headlines

Bagaimanapun, seperti biasa, Google Pixel 3 dan Pixel 3XL ini mungkin agak sukar untuk didapati di pasaran tempatan. Namun, kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya ada maklumat terkini mengenainya di masa akan datang.

 

Sumber : BGR    Android Headlines

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY