Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini Kini Hadir Dengan Widget Pada Skrin Kunci iOS

Gemini Kini Hadir Dengan Widget Pada Skrin Kunci iOS

Diterbitkan Mac 4, 2025 · Dikemas kini Mac 4, 2025 oleh Amalina Athman

Aplikasi Gemini untuk iOS kini menyokong widget pada skrin kunci (lock screen) dan akses terus melalui Control Center.

Dalam kemas kini terbaru, aplikasi Gemini untuk iPhone memperkenalkan enam widget skrin kunci, membolehkan pengguna mengakses pelbagai fungsi kecerdasan buatan (AI) dengan lebih pantas. Antara widget yang tersedia termasuk:

  • Type Prompt – Ada soalan? Taip terus untuk mendapatkan jawapan segera.
  • Talk Live – Berbincang secara langsung atau luahkan idea bersama Gemini.
  • Open Mic – Buka mikrofon dengan cepat untuk menetapkan peringatan, mencipta acara kalendar dan banyak lagi.
  • Use Camera – Ambil gambar dan tanya Gemini tentang objek di hadapan anda.
  • Share Image – Pilih imej untuk mendapatkan maklumat lanjut, cipta seni baharu, atau mulakan perbualan.
  • Share File – Gunakan fail untuk berkongsi maklumat atau inspirasi di sebalik soalan anda.

Widget utama membuka aplikasi Gemini bersama papan kekunci untuk menaip gesaan dengan segera, manakala Gemini Live kini boleh dilancarkan secara terus tanpa perlu melalui dua langkah.

Open Mic membolehkan pengguna memasukkan arahan teks menggunakan suara, sementara widget seterusnya membuka kamera dalam aplikasi. Dua widget terakhir pula memudahkan akses kepada pemilih imej atau fail secara langsung.

Gemini Kini Hadir Dengan Widget Pada Skrin Kunci iOS

Pengguna juga boleh menetapkan mana-mana enam pintasan ini sebagai butang kawalan pada bahagian bawah skrin kunci atau Control Center untuk akses pantas tanpa perlu membuka skrin utama atau skrin kunci.

Gemini Kini Hadir Dengan Widget Pada Skrin Kunci iOS

Pintasan ini membolehkan pengguna melancarkan Gemini serta-merta. Namun, jika ia tidak berfungsi selepas menambah widget atau pintasan, pengguna disarankan untuk mematikan peranti dan menghidupkannya semula.

Berkaitan

  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • Gemini 2.0 Flash Thinking Kini Percuma Untuk Semua, Ini Yang Baharu
  • Pengguna iOS Perlu Pasang Aplikasi Gemini Untuk Terus Guna AI Google
  • Apple Intelligence Kelak Bakal Diintegrasi Dengan Google Gemini

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY