Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Quick Share_3

Google Perkenal Cara Baharu Untuk Perkongsian Fail Peranti Android

Diterbitkan Januari 10, 2024 · Dikemas kini Januari 10, 2024 oleh Amalina Athman

Nearby Share secara rasmi diperkenalkan pada 2020 bagi memudahkan pengguna Android menghantar fail kepada peranti lain dengan lebih pantas. Untuk peranti Samsung, ia mempunyai keupayaan sendiri yang dipanggil sebagai Quick Share.

Terbaharu, Google bekerjasama dengan Samsung untuk memperkenal “singular cross-Android solution”. Dalam kata lain, Nearby Share kini digabungkan dan akan dipanggil sebagai Quick Share.

Berkaitan

  • Nearby Share: "Transfer" Fail Antara Komputer Dan Android Lebih Mudah, Ini Caranya

Dalam integrasi itu, Google menyatakan Quick Share adalah pilihan tetapan terbaik untuk perkongsian kandungan merentas semua jenis peranti dalam ekosistem Android dan Chromebook.

Google Perkenal Cara Baharu Untuk Perkongsian Fail Peranti Android

Bagi menjadikan perkongsian lebih lancar antara peranti, Google turut bekerjasama dengan pengeluar PC untuk memperluas Quick Share ke Windows PC sebagai aplikasi prapasang.

Dengan ciri ini, pengguna boleh klik ikon Quick Share dan melihat senarai peranti terdekat yang tersedia. Terdapat juga kawalan privasi dan pilihan tetapan penghantaran fail – sama ada semua orang, hanya kenalan atau peranti sendiri.

Ciri Quick Share akan dilancarkan pada peranti yang menyokong Nearby Share bermula Februari depan.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
©2026 WISER.MY