Berfungsi seakan Apple AirDrop, ia membolehkan pengguna Android berkongsi fail, pautan dan gambar dengan lebih mudah dan pantas. Nearby Share adalah ciri terbina yang tidak memerlukan pemasangan aplikasi.
https://www.youtube.com/watch?v=yx-klNp8d0E
Melalui Nearby Share juga, protokol yang sesuai akan dipilih secara automatik sama ada berkongsi melalui Bluetooth, Bluetooth Low Energy, WebRTC atau WiFi serta membenarkan perkongsian walaupun dalam keadaan offline.

Google turut menyatakan Nearby Share dibangunkan dengan privasi sebagai keutamaan. Tetapan privasi boleh diubah melalui Quick Setting pada bila-bila masa. Pengguna boleh menetapkan "hidden", “some contacts” atau “all contacts".
Nearby Share turut membenarkan pengguna menghantar dan menerima fail tanpa nama.
Buat masa ini, fungsi Nearby Share telah mula dilepaskan untuk peranti Samsung dan Google Pixel. Ia akan mula tersedia untuk peranti Android yang lain dalam beberapa minggu lagi.
Sumber: Google
Berkaitan
- Sambut Ulangtahun Ke-15, Google Maps Kemaskini Logo Dan Ciri-Ciri Baru
- Google Menjelaskan Isu Paparan Dan Binaan Pixel 5 Sebenarnya Adalah "Bahagian Normal Rekaan"
- Pelancaran Dua Telefon Pintar Google Dijangka Pertengahan Oktober Nanti
- Gmail Digodam, Penyelidik Google Sahkan Penggodam Boleh Baca Semua E-Mel Masuk
- Google Photos Perkenal Ciri Suntingan Baharu Untuk Peranti Android
- Epic Games Kini Senaraikan Fortnite Pada Google Play Store
- Lesen Huawei Tamat, Apa Nasib Peranti Huawei Dengan Perkhidmatan Google?
- Google Perlihatkan Rekaan Google Nest Baharu
- Google Umum Acara Pelancaran Pixel 7 Dan Pixel Watch Pada Awal Oktober
- Google Earth Menambah Sokongan Pada Pelayar Firefox, Edge Dan Opera