Nearby Share: "Transfer" Fail Antara Komputer Dan Android Lebih Mudah, Ini Caranya

Nearby Share kini membolehkan peranti Android dan komputer Windows saling bertukar fail, gambar, dokumen, lagu, video dan lain-lain. dengan lebih mudah seperti AirDrop pada peranti Apple.

Terdahulu, Nearby Share ini terhad sesama peranti Android sahaja.

{suggest}

Ciri ini disokong oleh komputer yang jalankan Windows 10 dan ke atas tetapi peranti ARM tidak menyokongnya.



Pertama sekali, muat turun Nearby Share pada komputer/komputer riba anda melalui pautan INI. Log masuk dengan akaun Google anda.

Untuk gunakannya, Kedua-dua peranti harus berada dalam jarak 5 meter.

Hantar daripada PC ke telefon


https://www.youtube.com/watch?v=GWTt4wEOjdA

Pada komputer, selepas muat turun Nearby Share hidupkan Wi-Fi dan Bluetooth. Dalam aplikasi Nearby Share, anda boleh tetapkan siapa yang boleh hantar fail pada anda. Kalau mahu mudah, tetapkan saja "Receives from everyone" untuk sementara waktu.

nearby share visibility

Untuk hantar fail daripada PC ke telefon, boleh lakukannya melalui aplikasi Nearby Share, atau klik kanan pada fail dan tekan Nearby Share. Pilih telefon tersebut.

Tapi, pastikan telefon sudah dihidupkan ciri Nearby Share, Bluetooth dan GPS.

Hantar fail daripada telefon ke PC


cara transfer fail pc android -

Pada Android, tak perlu muat turun apa-apa kerana ia sudah terbina (built-in). Kemudian, hidupkan ciri Nearby Share dalam tetapan, hidupkan Bluetooth dan GPS.

Pilih saja apa-apa dokumen, fail atau bahan yang anda ingin hantar dan pilih Nearby Share. Pilih komputer yang anda ingin hantar fail.

Tapi, pastikan komputer sudah dibuka aplikasi Nearby Share, dihidupkan Wi-Fi dan Bluetooth.

Sumber: Android