Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung quick share

Samsung Mengesahkan Ciri ‘Quick Share’ Seperti AirDrop Dilancarkan Pada Siri Galaxy S20

Diterbitkan Februari 12, 2020 ยท Dikemas kini Februari 12, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Pada pengguna peranti Apple, sudah semestinya anda tahu akan penggunaan ciri AirDrop yang disediakan padanya. Baru-baru ini, Samsung mengesahkan ciri Quick Share seakan AiDrop dilancarkan pada telefon pintar siri Galaxy S20.

Ciri Quick Share ini akan bermula pada peranti Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra 5G. Menurut Samsung, ciri ini akan menunjukkan ”kenalan yang berdekatan”, membolehkan pengguna berkongsi fail atau mana-mana dokumen sehingga lima kenalan pada satu-satu masa. Walhal, pada peranti iPhone ia hanya mengehadkan kepada satu penerima sahaja ketika proses penghantaran dibuat.

quick share

quick share

Tangkap layar antara muka ciri Quick Share yang telah dikeluarkan oleh XDA Developers, menunjukkan ciri seakan AirDrop di mana pengguna dapat memilih mana-mana telefon pintar atau tablet Samsung untuk mengahantar kandungan atau hanya kepada kenalan.

Sebelum ini, Samsung juga telah menawarkan ciri yang dipanggil Direct Share di mana pengguna dapat berkongsi dari peranti ke peranti pada situasi tertentu seperti memancarkan kandungan di TV Samsung. Google juga dikatakan akan menghasilkan ciri seperti AirDrop pada telefon pintar Pixel yang dipanggil Nearby Sharing.

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY