Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Passkeys_1

Google Mula Gesa Pengguna Tetapkan Passkeys Secara ‘Default’

Diterbitkan Oktober 11, 2023 oleh Amalina Athman

Google pada Mei lalu telah memperkenal Passkeys, iaitu cara lebih mudah dan pantas untuk log masuk ke aplikasi serta laman web tanpa perlu memasukkan kata laluan pada akaun Google pengguna.

Kini, Google akan mula menggesa pengguna menetapkan Passkeys untuk akaun mereka secara default. 

Berkaitan

  • Google Perkenal Passkeys Untuk Log Masuk Akaun, Ini Caranya
  • Pengguna iOS Kini Boleh Log Masuk TikTok Lebih Mudah, Ini Caranya

Ini bermakna, apabila log masuk ke akaun kelak, pengguna akan mula melihat gesaan untuk menetapkan dan menggunakan Passkeys. Pengguna juga akan melihat pilihan “Skip password when possible” dalam tetapan Google Account.

Untuk makluman, Passkeys merupakan standard log masuk baharu, membolehkan pengguna tidak perlu bergantung kepada kata laluan sedia ada. Dengan menetapkan Passkeys, log masuk boleh dilakukan melalui pengesahan biometrik seperti imbasan cap jari, imbasan wajah atau kod PIN peranti.

Walaupun begitu, Google mengatakan buat masa ini kata laluan tradisional masih boleh digunakan untuk log masuk dan pengguna diberi pilihan untuk tidak menetapkan Passkeys dengan memilih “Skip password when possible”.

Bagi yang ingin menetapkan Passkeys, ikut langkah di artikel INI.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY