Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Passkey iOS_2

Pengguna iOS Kini Boleh Log Masuk TikTok Lebih Mudah, Ini Caranya

Diterbitkan Julai 18, 2023 · Dikemas kini Julai 18, 2023 oleh Amalina Athman

TikTok kini telah memperkenal Passkey untuk peranti iOS. Ia merupakan cara yang lebih pantas, mudah dan selamat untuk log masuk ke akaun dengan menggunakan Touch ID atau Face ID, berbanding memasukkan kata laluan.

Berkaitan

  • Apple Tak Mahu Lagi Pengguna Ingat Kata Laluan Selepas Ini
  • Cara "Scroll" Video TikTok Secara Automatik

Bagi yang belum tahu, Passkey merupakan penggantian kata laluan yang boleh mengesahkan identiti berdasarkan kaedah pengesahan biometrik yang sudah tersedia di peranti.

Apabila menggunakan Passkey, semua data biometrik kekal di peranti dan tidak boleh diakses atau diproses oleh aplikasi pihak ketiga, termasuk TikTok.

Cara aktifkan Passkey di TikTok

Dengan mengaktifkan Passkey, pengguna tidak lagi perlu log masuk menggunakan kata laluan. Sebaliknya, ia boleh dilog masuk menggunakan pengesahan biometrik Touch ID atau Face ID yang sama ditetapkan pada peranti, tanpa perlu mengingati kata laluan.

Untuk aktifkan Passkey di TikTok bagi peranti iOS, ikut cara di bawah.

1. Buka aplikasi TikTok dan di bahagian profil, pergi ke “Settings and privacy”.

2. Pilih Account > iCloud passkey > Set up. Kemudian, tekan “Continue” untuk menyimpan Passkey bagi akaun TikTok tersebut.

TikTok Passkey iOS_

Selesai. Passkey akan disimpan dalam iCloud Keychain dan tersedia untuk log masuk TikTok di semua peranti dengan akaun iCloud yang sama.

Sumber: TikTok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY