Ia berkaitan dengan keselamatan peranti pengguna

Seperti semua sedia maklum, Google telah pun memberhentikan sokongan servis mereka ke atas semua model terbaru telefon pintar Huawei sejak pertengahan tahun lalu.

Bermakna, peranti-peranti pintar terbaru keluaran Huawei tidak lagi dilengkapi aplikasi-aplikasi dari Google termasuklah Gmail, Maps, YouTube, Play Store dan lain-lain.

Walau bagaimanapun sehingga kini, Google masih menerima pertanyaan daripada para pengguna tentang kekeliruan status peranti-peranti pintar Huawei sama ada masih disokong oleh Google ataupun tidak.

Oleh itu Google sekali lagi menjelaskan, hanya peranti pintar yang diluluskan Google sahaja yang sedia menyokong kesemua servis dari Google Play Store, Google Play Protect, dan aplikasi-aplikasi utama Google termasuklah Gmail, YouTube, Maps dan lain-lain.

IKLAN

Jadi, pengguna Huawei dinasihatkan untuk tidak memasang sebarang aplikasi Google selain dari yang ditawarkan secara rasmi oleh pihak Google sendiri. Google menegaskan,

Because of the government restrictions described above, new Huawei device models made available to the public after May 16, 2019 have not been able to go through this security process nor will they have Play Protect preloaded. As a result, they are considered “uncertified,” and will not be able to utilize Google’s apps and services.

IKLAN

Ini kerana Google menyatakan, memasang aplikasi-aplikasi Android yang bukan dari pihak Google secara rasmi akan menyebabkan risiko terhadap keselamatan peranti pengguna. Sungguh pun begitu, Google sehingga kini masih bekerja rapat dengan pihak Huawei dalam melindungi berjuta pengguna telefon pintar Huawei yang ada di seluruh dunia.

We have continued to work with Huawei, in compliance with government regulations, to provide security updates and updates to Google’s apps and services on existing devices, and we will continue to do so as long as it is permitted.”

Bagi mengetahui sama ada peranti pintar Android ada disokong secara sah oleh Google ataupun tidak, anda boleh menyemaknya menerusi Google Play Store > Menu > Settings > Play Protect certification. Sebagai alternatif lain, pengguna telefon pintar Huawei boleh menggunakan lebih 55,000 aplikasi yang terdapat di Huawei AppGallery.