Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Memperkenalkan Program Perlindungan Khusus Untuk Akaun Berprofil Tinggi

Posted on Oktober 19, 2017

Google telah menyediakan cara baru untuk pengguna mereka khususnya pengguna berprofil tinggi dari ancaman akaun gmail dari digodam. Program yang dipanggil ‘Advanced Protection System‘ itu memerlukan pengguna untuk membeli 2 kunci keselamatan untuk diaktifkan.

2 kunci keselamatan yang boleh didapati di laman sesawan Amazon termasuk 2 kunci FIDO U2F dan juga dompet bitcoin. Kunci FIDO U2F boleh didapati dari RM 60 hingga RM 70.

Dengan kunci keselamatan ini, pengguna dikehendaki log masuk ke dalam akaun menggunakan kunci fizikal tersebut. Cara-cara lain seperti 2 langkah verifikasi, kod dihantar melalui SMS atau melalui aplikasi verifikasi Google tidak sah sama sekali.

Dengan cara ini Google berharap dapat memberi perlindungan kepada pengguna akaun mereka dari serangan penggodam seperti ‘phising’.

Akhir sekali, program ini akan menambah satu lagi proses verifikasi hanya jika kunci fizikal anda hilang. Walau bagaimanapun, proses ini mengambil masa beberapa hari untuk mendapatkan semula akaun email anda.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress