Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
i (6)

Google Membayar Wang Ganjaran Melebihi RM 4,000 Untuk Sesiapa Dapat Menjumpai Pepijat Dalam Aplikasi Terkenal

Diterbitkan Oktober 21, 2017 oleh Wiser MY

Google telah bersama-sama dnegan platform ganjaran pepijat, Hacker One untuk membuka Program Ganjaran Keselamatan Google Play.

Gergasi Cupertino itu telah pun melancarkan program yang sama untuk Chrome, Android dan laman sesawang mereka dan sedang meluaskan program tersebut untuk aplikasi pihak ketiga yang terdapat di dalam Stor Google Play.

Ganjarannya? Wang melebihi RM 4 000 kepada sesiapa yang menepati syarat ganjaran program tersebut.

Aplikasi yang terlibat setakat ini adalah Alibaba, Dropbox, Duolingo, Headspace, Line, Mail.Ru, Snapchat dan Tinder. Difahamkan lebih banyak lagi aplikasi yang akan disertakan dalam program ini.

Pepijat yang disasarkan adalah jenis kod yang dilaksanakan secara jauh (RCE) yang berfungsi untuk peranti yang menggunakan Android 4.4 dan keatas. Serangan membolehkan kod berbahaya dimuat turun dan dilaksanankan menyebabkan manipulasi terhadap antara muka pengguna. Ini membuatkan pengguna boleh terkeliru dengan antara muka yang asli seterusnya memberikan maklumat sulit mereka.

Selepas pepijat dijumpai, anda boleh menghubungi pembangun untuk memaklumkan perkara tersebut seterusnya melaporkan kepada Google untuk dinilai ganjaran program tersebut.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
©2026 WISER.MY