Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Masih Mengetahui Lokasi Anda Walaupun Anda Menutup Fungsinya

Google Masih Mengetahui Lokasi Anda Walaupun Anda Menutup Fungsinya

Diterbitkan November 22, 2017 oleh Wiser MY

Satu laporan penyiasatan dari Quartz Media yang diterbitkan semalam berkata yang peranti Android masih lagi menghantar lokasi peranti tersebut walaupun fungsi lokasi sudah dimatikan. Perkara ini sudah berlarutan hampir 11 bulan semenjak ia bermula pada awal tahun ini.

Peranti Android termasuk telefon pintar dan komputer tablet menghantar data lokasi ini ke pelayan utama Google apabila pengguna menghampiri menara telekomunikasi selagi peranti masih berhubung dengan rangkaian selular atau rangkaian Wi-Fi.

Tetapi data lokasi ini tidaklah setepat jika dibandingkan dengan data lokasi yang membenarkan fungsi lokasi.

Cell Tower

Soalan diajukan kepada Google dan jurucakap mereka berkata program ini merupakan sebahagian cara untuk meningkatkan kelajuan mesej yang dihantar seperti mesej teks dan makluman. Google juga berkata yang data lokasi ini tidak disimpan terus ke dalam pelayan mereka.

Google menambah lagi yang program ini akan ditamatkan sebelum tahun 2018 bermula. Data lokasi boleh digunakan oleh Google atau sesiapa yang mendapat aksesnya untuk mengesan lokasi seseorang menggunakan teknik segitiga atau ‘triangulation’. Teknik ini boleh mengesan lokasi sesebuah peranti dengan ketepatan dalam jarak ±0.4 km.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY