Google kini membawakan kemas kini besar bagi platform Google Vids yang membolehkan semua pemilik akaun Google menghasilkan klip video berkualiti tinggi secara percuma menggunakan model penjanaan video terbaharu mereka iaitu Veo 3.1.
Melalui integrasi ini, pengguna hanya perlu memasukkan arahan teks atau gambar untuk ditukarkan kepada video animasi tanpa memerlukan kemahiran suntingan yang rumit.
https://x.com/Google/status/2039765911050007036?s=20
Bagi pengguna akaun peribadi, Google menyediakan kuota sebanyak 10 penjanaan video percuma pada setiap bulan, manakala pelanggan kategori AI Ultra kini diberikan akses yang lebih luas sehingga 1,000 video sebulan.
https://x.com/Google/status/2039765912996225282?s=20
Selain keupayaan visual, Google turut memperkenalkan ciri penjanaan muzik melalui model Lyria 3 yang membolehkan pengguna menghasilkan runut bunyi asli berdurasi sehingga tiga minit mengikut kesesuaian suasana video masing-masing.
https://x.com/Google/status/2039765915320102974?s=20
Bagi pelanggan langganan AI Pro dan Ultra, mereka kini mempunyai kawalan penuh terhadap avatar AI yang boleh diarah untuk melakukan pergerakan khusus, berinteraksi dengan objek dalam babak, serta menukar pakaian tanpa mengubah identiti suara yang konsisten.
Ciri avatar ini direka untuk memudahkan penghasilan kandungan tutorial atau media sosial yang lebih menarik tanpa perlu melakukan rakaman berulang kali.
Bagi melancarkan lagi proses kerja, Google turut melancarkan sambungan Chrome khas untuk rakaman skrin serta membolehkan video yang telah siap diterbitkan terus ke YouTube tanpa perlu dimuat turun terlebih dahulu.
Semua video yang dieksport ke YouTube akan ditetapkan pada mod peribadi secara automatik bagi memberi peluang kepada pengguna untuk melakukan semakan akhir sebelum dikongsi kepada umum.
Orang ramai yang ingin mencuba ciri penjanaan video dan audio berasaskan kecerdasan buatan ini boleh mula mengaksesnya melalui pautan vids.new bermula minggu ini.
{suggest}
