Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store_PCMAg

Google Kelak Bolehkan Pengguna Padam Akaun, Data Aplikasi Android Dengan Mudah

Diterbitkan April 6, 2023 · Dikemas kini April 6, 2023 oleh Amalina Athman

Google kini telah mengumumkan peraturan baharu Play Store yang memerlukan pembangun aplikasi Android memberikan pilihan kepada pengguna untuk memadamkan akaun dan data dalam aplikasi atau secara dalam talian.

Berkaitan

  • Android Tak Terkejar, Skor Yang Mungkin Cip A17 Bionic Sangat Pantas
  • Samsung Beri Amaran, Aksesori Tertentu Pada Siri Galaxy S23 Boleh Merosakkan Kamera

Polisi baharu ini akan terpakai pada aplikasi yang membolehkan pengguna mencipta akaun, dengan setiap penyenaraian di Play Store akan memberikan pilihan pautan “data deletion” melalui web.

Seterusnya, ia membolehkan pengguna meminta pemadaman akaun dan data tanpa perlu memasang semula aplikasi.

Google Kelak Bolehkan Pengguna Padam Akaun, Data Aplikasi Android Dengan Mudah

Google mengatakan, setelah memenuhi permintaan untuk memadamkan akaun, pembangun juga perlu memadamkan data yang dikaitkan dengan akaun tersebut.

Sebagai tambahan, pembangun juga boleh menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna. Antaranya termasuk pengguna yang tidak mahu memadamkan data mereka sepenuhnya boleh memilih untuk memadamkan data tertentu seperti sejarah aktiviti, imej atau video.

Bagi pembangun yang perlu mengekalkan data tertentu atas sebab yang munasabah seperti keselamatan, pencegahan penipuan atau pematuhan peraturan, mereka perlu mendedahkan dengan jelas amalan pengekalan data tersebut.

Menurut Google, pengguna akan mula melihat perubahan yang ditunjukkan dalam penyenaraian Play Store pada awal 2024.

Sumber: Android Developers

Gambar utama: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY