Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android Tak Terkejar, Skor Yang Mungkin Cip A17 Bionic Sangat Pantas

Android Tak Terkejar, Skor Yang Mungkin Cip A17 Bionic Sangat Pantas

Diterbitkan Mac 31, 2023 oleh Firdaus

Baru-baru ini, rantaian pembekal Apple telah mendedahkan siri iPhone 15 akan dikuasakan cip A17 Bionic baru. Menariknya lagi, cip itu dibina menggunakan teknologi 3nm TSMC dan skor awal cip itu didakwa telah tertiris.

Apple's A17 chip early performance exposure: this data is beyond the reach of Android
Skor awal A17 Bionic yang didakwa

Mengikut sumber, cip A17 Bionic berjaya mencatatkan skor prestasi yang tinggi dalam Geekbench 6. Melalui nod pemprosesan 3nm ini, cip tersebut juga menawarkan nisbah kecekapan tenaga yang lebih baik berbanding pendahulunya.

A17 Bionic vs Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy

Android Tak Terkejar, Skor Yang Mungkin Cip A17 Bionic Sangat Pantas
Skor Geekbench S23 Ultra Yang Diuji Oleh Wiser

Berbanding cip Android paling berkuasa ketika ini, skor A17 Bionic jauh meninggalkannya dari segi teras tunggal mahu pun pelbagai.

Skor teras tunggal A17 Bionic 157% lebih tinggi berbanding cip Galaxy S23 itu. Manakala, skor teras pelbagai cip Apple itu 78% lebih berkuasa daripada Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy.

A16 vs A17

Berbanding A17 Bionic, cip 16 Bionic iPhone 14 Pro mencatatkan skor 2,504 dalam teras tunggal dan 6,314 untuk teras pelbagai.

Apple's A17 chip early performance exposure: this data is beyond the reach of Android
Skor cip A16 Bionic dalam iPhone 14 Pro

Justeru, A17 Bionic dapat menunjukkan peningkatan 59.2% untuk prestasi teras tunggal dan 40% dalam prestasi teras pelbagai.

Hal ini tidak mengejutkan kerana teknologi 3nm bukan sahaja rumit dan mahal, tetapi ia mampu membawakan peningkatan besar dari segi prestasi dan kecekapan kuasa.

Untuk pengetahuan anda, timbul pelbagai komen negatif dikalangan pengguna iPhone berkenaan kecekapan A16 Bionic tidak sebaik pendahulunya, A15 Bionic.

Berkaitan

  • Cetakan 3D Yang Didakwa Siri iPhone 15 Tampak Berbeza Dengan Siri iPhone 14
  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • Tablet 'Gaming' ROG Flow Z13 Edisi Acronym Dijual Dengan Harga RM12,999
  • Sistem AI Boleh Gantikan 300 Juta Pekerjaan - Laporan
  • Pakej Beriklan Netflix Sudah Tersedia Pada Apple TV Di Beberapa Negara

Oleh itu, kita boleh mengagak cip A17 Bionic yang baru ini dapat menyelesaikan masalah itu disamping menawar peningkatan prestasi yang tinggi.

Sumber: Gizchina

Gambar utama: Gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY