Google Glass Kembali Muncul Dengan Versi Terbaru Glass Enterprise Edition 2

Reading Time: 1 minute

Kini dengan lebih pelbagai ciri yang dapat membantu pekerja industri meningkatkan kecekapan dan produktiviti syarikat.

Google hari ini mengumumkan kehadiran versi terbaru peranti kaca mata pintar mereka iaitu Glass Enterprise Edition 2. Ia merupakan produk susulan daripada versi pertamanya Glass Enterprise Edition yang telah dilancarkan pada Julai 2017 dahulu.

Versi Google Glass Enterprise ini adalah memfokuskan kepada para pelanggan mereka yang memiliki syarikat dengan pekerja yang ramai bagi meningkatkan kecekapan pekerja dan produktiviti yang lebih berkesan.

Menggunakan bateri 820mAh serta menyokong pengecasan pantas menerusi sambungan USB-C. Kredit imej: Google

Antara syarikat-syarikat yang telah menggunakan peranti pintar ini adalah seperti Boeing, Acgo, Volkswagon, DHL dan banyak lagi.

Untuk versi terbaru ini, Glass Enterprise Edition 2 dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm (Quad Core, 1.7GHz, 10nm), sistem operasi Android Oreo, RAM berkapasiti 3GB LPDDR4 serta storan 32GB (eMMC Flash).

Ia disambungkan menerusi sambungan tanpa wayar Wi-Fi (802.11ac, dual-band, single antenna) dan Bluetooth. Juga sambungan wayar USB-C untuk penegcasan pantas dan USB 2.0 bagi pemindahan data antara peranti.

Ia turut memiliki kamera 8Mp, (80 DFOV – Display Field of View), paparan optikal bersaiz 640×360, pembesar suara mono serta mikrofon.

Glass Enterprise Edition 2 berharga USD999 dan Google lebih menyasarkan pengguna industri pada masa ini.

Sumber: Google Blog

P/s: Google Glass pertama kali diperkenalkan pada bulan April 2013. Kemudian mereka melancarkan versi pertama Glass Enterprise Edition pada Julai 2017.

Maka, Glass Enterprise Edition 2 yang dilancarkan hari ini merupakan generasi ketiga bagi produk kaca mata pintar Google Glass.

ariff bukhari
Tentang Penulis

Ariff Bukhari adalah penulis dan pemilik laman AriffMac.com yang mengkhususkan produk-produk Apple. Kini beliau berkolaborasi bersama team Wiser.my.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *