Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNB Tawar Pasang Sistem Solar Di Rumah Dengan Pelan Ansuran Mudah

Program Tarif Elektrik Hijau Dilanjutkan Sehingga 2024

Diterbitkan Disember 29, 2023 oleh ariff bukhari

Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA) hari ini memaklumkan, Program Tarif Elektrik Hijau atau Green Electricity Tariff (GET) yang diperkenalkan bagi menawarkan bekalan elektrik hijau daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada pengguna elektrik yang komited untuk mengurangkan jejak karbon mereka akan diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2024.

Program GET yang mula dilaksanakan pada tahun 2022 ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Sumber Daya Awam (KPTDGA) dalam menyokong aspirasi negara ke arah negara neutral karbon pada tahun 2050.

Pengguna yang melanggan GET akan dibekalkan dengan bekalan elektrik daripada sumber TBB yang dijana daripada loji jana kuasa solar dan hidro yang sedang beroperasi.

Memandangkan langganan sedia ada pengguna bagi program GET ini akan ditamatkan secara automatik menjelang 31 Disember 2023, KPTDGA sedang meneliti serta menambah baik pelaksanaan dan kaedah pengoperasian program ini agar ia lebih kompetetif.

Pada Februari 2023, Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga dan Tenaga Nasional Berhad telah membuka langganan GET dengan jumlah kuota 6,600GWj dengan kadar premium 21.8seb/kWj.

Berkaitan

  • Buat Pertama Kalinya Airbus Menggunakan Minyak Masak Bagi Menerbangkan Pesawat Penumpang Terbesar Dunia
  • Trak Ini Pertama Di Dunia Dikuasakan Oleh Amonia, Miliki Sama Tenaga Dengan Trak Semi Tesla
  • Penggunaan Kuasa GPU NVIDIA H100 Dijangka Lebih Tinggi Berbanding Beberapa Buah Negara

Sumber: Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY