Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 7 Gen 3_

Skor Geekbench Snapdragon 7 Gen 3 Lebih Rendah Dari SD 7+ Gen 2

Diterbitkan November 23, 2023 · Dikemas kini November 23, 2023 oleh ariff bukhari

Qualcomm telah pun mengumumkan cip kelas pertengahan terbaru mereka iaitu Snapdragon 7 Gen 3 yang dibina menggunakan teknologi 4nm TSMC.

Ia dikatakan membawa hampir 15% peningkatan prestasi CPU dan lebih 50% untuk GPU, selain 20% penjimatan kuasa dari Snapdragon 7 Gen 1.

Laman penanda aras Geekbench baru sahaja mengeluarkan skor prestasi yang dicapai Snapdragon 7 Gen 3 menerusi model telefon pintar HONOR 100 yang merekodkan skor sebanyak 1139 mata untuk teras tunggal dan 3375 mata untuk berbilang teras.

Snapdragon 7 gen 3 geekbench

Skor itu sekaligus menunjukkan ia sedikit tinggi berbanding Snapdragon 7 Gen 1 yang menerima skor Geekbench sebanyak 1119 (teras tunggal) dan 3261 (berbilang teras).

Walau bagaimanapun, daripada skor prestasi awal yang dipaparkan Snapdragon 7 Gen 3 itu turut mendedahkan, ia lebih rendah berbanding Snapdragon 7+ Gen 2.

Snapdragon 7+ Gen 2 merekodkan skor prestasi teras tunggal sebanyak 1687 dan 4378 untuk berbilang teras.

Telefon pintar Honor dan vivo akan menjadi yang terawal dilengkapi Snapdragon 7 Gen 3 yang dijangka akan dilancarkan dalam bulan ini juga.

Berkaitan

  • (Ulasan) iPhone 15 Pro - Cerita Sebenar Yang Disembunyikan
  • China Lancar Servis Internet Terpantas Di Dunia Selaju 1,200gb/s
  • Samsung Lancar Galaxy Z Flip5 Edisi Terhad Maison Margiela

Sumber: NotebookCheck

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY