Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
solar hedgehog

Saintis Kesan Suar Suria Misteri Melitupi Permukaan Matahari Seluas 25 Ribu KM

Diterbitkan Mei 23, 2022 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dengan kerjasama Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) dan Agensi Angkasa United Kingdom (UKSA) telah berjaya merakam imej yang terhasil dari hamburan matahari yang dikenali sebagai suar suria “landak kecil” (“solar hedgehog“).

Agensi itu memaklumkan, imej mengkagumkan itu berjaya dirakam oleh satelit pemantau Solar Orbiter selepas ia menghampiri orbit planet Utarid.

Imej suar solar “landak kecil” itu menjadi satu misteri kepada para saintis kerana tiada siapa yang pasti bagaimana dan mengapa ia berlaku.

Ekoran itu, agensi terlibat menyatakan mereka akan melihatkembali  imej-imej hamburan solar yang pernah dirakam sebelum ini.

Imej suar suria “landak kecil” itu dianggarkan seluas 25,000 kilometer meliputi Matahari yang mengeluarkan gas sejuk dan panas ke semua arah.

Saintis Kesan Suar Suria Misteri Melitupi Permukaan Matahari Seluas 25 Ribu KM
Suar solar “landak kecil” yang ditandakan meliputi kawasan seluas 25,000 km. Kredit: Sky News

Salah seorang saintis yang terlibat dengan projek itu bernama David Berghmans, dari Balai Cerap Diraja Belgium berkata, analisis data terhadap imej-imej tersebut bagi mengetahui dan memahami kesan suar suria “landak kecil” itu  kepada cuaca angkasa akan mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

Sumber: ESA

Baca juga:

  • iPhone 14 -Mungkin Ini Tarikh Pelancaran Dan Jangkaan Harga
  • Apple Dilapor Mula Menguji iPhone Dengan USB-C Tapi Mungkin Hanya Dijual Di Eropah
  • iPhone Tanpa Takuk Mungkin Hadir Dalam 2 Tahun Lagi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY