Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirAsia Sedang Tawar Tempat Duduk Percuma Dan Tiket Serendah RM25 Sehala

AirAsia Sedang Tawar Tempat Duduk Percuma Dan Tiket Serendah RM25 Sehala

Diterbitkan Oktober 18, 2023 · Dikemas kini Oktober 18, 2023 oleh ariff bukhari

Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia, AirAsia sedang menawarkan tempat duduk percuma kepada para pengembara.

Ia sebagai salah satu usaha syarikat itu untuk terus merangsang industri pelancongan Malaysia ada tahun hadapan.

AirAsia juga menawarkan tawaran 30 peratus diskaun untuk Insurans Kelewatan Penerbangan yang menawarkan pampasan secara sekali sahaja sebanyak RM200 jika penerbangan tertunda sekurang-kurangnya dua (2) jam dari tarikh berlepas yang dijadualkan atau mana-mana waktu berlepas baru.

AirAsia Sedang Tawar Tempat Duduk Percuma Dan Tiket Serendah RM25 Sehala

Selain itu, AirAsia turut menjual tiket penerbangan mereka serendah dari RM25 sehala ke Pulau Pinang, Langkawi, Alor Setar, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan banyak lagi.

Malah anda boleh terbang bersama AirAsia serendah dari RM80 sehala untuk nikmati keindahan destinasi terkemuka Asean seperti Bali, Krabi, Phnom Penh, Phu Quoc, Bangkok dan banyak lagi.

Bagi mereka yang ingin mengembara lebih jauh, AirAsia X menawarkan penerbangan ke Gold Coast, Busan, Taipei, Beijing dan banyak lagi daripada RM269 semua dalam sehala untuk tempat duduk Ekonomi.

Penerbangan tersedia untuk tempahan bermula hari ini hingga 25 Oktober 2023 untuk tempoh perjalanan antara 4 Mac 2024 dan 12 Februari 2025.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Wi-Fi Rumah Lembab Macam Siput? Guna Ni, Pasti Puas Hati
  • WhatsApp Tidak Lagi Sokong Versi Android dan iOS Terdahulu Selepas 24 Oktober 2023

Sumber: Siaran media AirAsia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY