Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
telefon mudah alih 2

Lelaki Ini Miliki Lebih Daripada 2000 Unit Telefon Mudah Alih Pelbagai Model

Diterbitkan Januari 12, 2022 oleh ariff bukhari

Seorang lelaki di Thane, India dilaporkan memiliki lebih daripada 2000 telefon mudah alih dari pelbagai model.

Lelaki tersebut bernama Jayesh Kale, merupakan pengumpul tegar telefon yang boleh dikatakan obses ekstrim dengan telefon-telefon mudah alih dan telefon pintar.

Secara tepatnya, Jayesh memiliki sebanyak 2,317 telefon sudah alih pelbagai model dan jenama yang diperolehinya dari pelbagai negara seperti dari Eropah, Amerika Syarikat, Dubai dan banyak lagi.

telefon mudah alih
Pelbagai model dan jenama telefon pintar dan mudah alih di miliki Kayesh Jale yang berjaya dikumpulanya sejak lebih 7 tahun lalu.

Minatnya beliau mengumpul telefon mudah alih sehinggakan di seluruh rumahnya dipenuhi dengan telefon-telefon tersebut seperti di dalam laci, almari, bawah katil, dalam bilik tidur, dapur, bilik air dan juga di dalam keretanya.

Walaupun memiliki ribuan model telefon mudah alih dari pelbagai jenama, tapi jenama telefon mudah alih yang paling disukainya adalah Nokia.

nokia 9000i
Nokia 9000i adalah model telefon mudah alih termahal dan paling lama dimilikinya sehingga kini.

Kayesh menegaskan bahawa beliau sangat emosi apabila berkaitan telefon-telefon yang dimilikinya. Adalah amat sukar untuk dia melihat seseorang menjatuhkan sebarang telefon miliknya itu.

Kayesh menyatakan, beliau menjaga baik telefon-telefon miliknya itu supaya berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

Malah hanya dengan tenung dan melihat telefon-telefon tersebut sudah cukup membuatkan hatinya gembira.

Kerana minatnya itu, beliau secara tidak langsung telah mencatatkan namanya ke dalam Rekod Buku Limca iaitu Rekod Dunia Guinness versi India sebagai individu yang memiliki telefon mudah alih paling banyak di India sehingga kini.

Tetapi kini beliau mensasarkan pula untuk meletakkan namanya ke dalam Rekod Dunia Guinness sebagai individu yang memiliki telefon mudah alih paling banyak di dunia apabila sudah berjaya mengumpul lebih daripada 3000 unit telefon mudah alih.

Sumber: indiatimes, Great Big Story

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY