Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SAMPAH ANGKASA

Satelit Starlink Diancam Serpihan Satelit Rusia Bergerak Laju Lebih Daripada 28 Ribu Km/j

Diterbitkan Ogos 11, 2022 oleh ariff bukhari

Dalam pembentangan Yayasan Keselamatan Dunia pada Persidangan Stelit Kecil yang berlangsung pada 8 Ogos 2022 babru-baru ini, Ketua Saintis COMSPOC, Dan Oltrogge memaklumkan bahawa pihak mereka mengesan peningkatan serpihan ‘sampah angkasa’ yang berada sangat hampir dengan satelit Starlink pada 6 Ogos 2022 lalu.

Sampah angkasa itu terhasil apabila Rusia menjalankan tembakan ujian misil anti satelit ASAT milik mereka bagi memusnahkan satelit Cosmos 1408 yang dibuat pada 15 November 2021 lalu.

Dalam pembentangannya itu, Dan Oltrogge mendedahkan mereka mengesan lebih daripada 6,000 pergerakan serpihan yang berada pada jarak sehampir 10 kilometer daripada 841 satelit Starlink.

Walaupun setakat ini pihak SpaceX berjaya mengelakkan daripada terkena serpihan tersebut dengan teknologinya, tetapi tidak diketahui sampai bilakah ia akan dapat bertahan kerana ia akan menjadi lebih sukar pada masa hadapan.

Malah ia mungkin sudah cukup sukar kepada pengendali satelit yang lain ketika ini.

Pada awal bulan Julai lalu, SpaceX memaklumkan bahawa pihak mereka telah melakukan lebih daripada 1,700 kali pergerakan ke atas satelit mereka hanya bagi mengelak daripada terkena serpihan Cosmos 1408.

Semakan ke atas data NASA mendapati, terdapat sekitar 27,000 serpihan telah dikatalog dengan kebanyakkannya bersaiz lebih daripada 10cm.

Pergerakan sampah angkasa itu pula bergerak pada kelajuan lebih daripada 28163.52 kilometer/jam.

Sumber: Space News, SCRIBD, NASA orbital debris

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 40 Satelit Starlink Terpaksa Dimusnahkan Akibat Terkesan Dengan Insiden Ribut Solar
  • Akibat Suhu Lebihi Paras Normal, Dunia Saksikan Ais Antartika Seluas Bandar Los Angeles Runtuh
  • Asteroid Besar Bergerak 38 Kali Ganda Dari Kelajuan Bunyi Sedang Menghampiri Bumi

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY