Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebanyak 26 Laporan Diterima CPSC Berkaitan Isu Bateri Macbook Pro Terlebih Panas

Sebanyak 26 Laporan Diterima CPSC Berkaitan Isu Bateri Macbook Pro Terlebih Panas

Diterbitkan Jun 30, 2019 · Dikemas kini Jun 30, 2019 oleh ariff bukhari

Termasuklah 5 laporan berlakunya kebakaran kecil berpunca daripada bateri MBP tersebut.

Sejak Apple mengisukan masalah bateri Macbook Pro pada 21 Jun 2019 setelah ia didapati  boleh menyebabkan kepanasan melampau sehingga membahayakan pengguna, sebanyak 26 laporan telah diterima oleh pihak Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat  (CPSC) .

Laporan yang diterima mereka termasuklah 5 laporan berlakunya kebakaran kecil, satu laporan penggunanya terhidu bau asap yang berpunca daripada bateri Macbook Pro serta 17 lagi laporan insiden yang menyebabkan sehingga berlakunya kerosakan kecil pada barangan pengguna yang terletak berhampiran dengan MBP yang terjejas dengan isu ini.

Berikutan dengan isu ini, pihak Apple telah segera memanggil semula model Macbook Pro 15″ yang dijual antara September 2015 dan Februari 2017.

Atau secara spesifiknya adalah terhadap model Macbook Pro yang dilengkapi dengan paparan Retina bersaiz 15.4″, cip pemprosesan Intel 2.2 hingga 2.5 GHz, storan SSD berkapasiti 256GB hingga 1TB, 2x sambungan Thunderbolt 2, 2x sambungan USB 3 serta 1x sambungan HDMI.

Bermakna pengguna model Macbook Pro 15″ generasi ke-4  dan terbaru yang dilengkapi dengan panel Touch Bar yang mula diperkenalkan Apple pada Oktober 2016 berkemungkinan besar tidak terjejas dengan isu ini.

Atau bagi memastikan secara tepat sama ada Macbook Pro anda terjejas dan layak mengikuti program penggantian bateri percuma yang dijalankan Apple ketika ini, bolehlah semaknya menerusi laman muka 15-inch MacBook Pro Battery Recall Program.

P/s: Kepada pengguna model MBP yang terjejas dengan isu bateri panas melampau ini, anda amat disyorkan segera menukar bateri MBP tersebut sebelum berlakunya perkara yang lebih buruk yang boleh membahayakan keselamatan anda atau lebih buruk turut membahayakan pengguna lain.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY