Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malware android

Google Gesa Pengguna Android Segera Buang Aplikasi Popular Ini

Diterbitkan Mac 23, 2023 oleh ariff bukhari

Google dilaporkan menggesa para pengguna telefon pintar Android untuk segera membuang aplikasi popular dari China yang dikenali sebagai ‘Pinduoduo’.

Ia berikutan penemuan perisian hasad dalam aplikasi tersebut yang dibimbangi menjejaskan keselamatan peranti penggunanya.

Pinduoduo adalah sebuah aplikasi e-dagang di China yang terkenal yang memberikan diskaun jika pengguna membeli barangan dalam gandaan.

Google Gesa Pengguna Android Segera Buang Aplikasi Popular Ini
Aplikasi Pinduoduo telah dibuang dari Google Play Store.

Google menerusi satu kenyataan berkata, “Google Play Protect telah ditetapkan untuk menyekat percubaan pemasangan aplikasi berniat jahat yang telah dikenal pasti ini. Pengguna yang mempunyai aplikasi itu di dalam peranti mereka diberi amaran dan digesa untuk menyahpasang aplikasi tersebut.”

Ekoran itu pembangun Pinduoduo respon terhadap tindakan Google ke atas mereka dengan menolak spekulasi dan tuduhan yang dilemparkan bahawa aplikasi Pinduoduo berniat jahat hanya berdasarkan respons generik dan tidak konklusif daripada Google.

Pinduoduo juga berkata, pihak Google tidak berkongsi butiran lanjut dengan syarikat mereka. Hanya sekadar memaklumkan bahawa versi semasa aplikasi mereka “tidak mematuhi dasar Google”.

Berkaitan

  • Netflix Bakal Siarkan Siri Baru Mighty Morphin Power Ranger April Depan
  • WhatsApp Desktop Versi Baharu Diperkenal, Kini Sokong Panggilan Video Sehingga 8 Orang
  • Lebih 1,700 Aduan Panggilan Scammer Diterima Setiap Bulan Setakat Februari 2023

Sumber: CBS News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY