Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
US China Tarif

AS, China Setuju Kurangkan Tarif Sebanyak 115% Selama 90 Hari

Diterbitkan Mei 13, 2025 · Dikemas kini Mei 13, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas beberapa bulan saling mengenakan tarif balas, China dan Amerika Syarikat kini bersetuju untuk mengurangkan tarif ke atas barangan masing-masing selama 90 hari dan memulakan pusingan baharu untuk rundingan perdagangan.

Kedua-dua negara dijangka mengurangkan tarif sebanyak 115% bermula Rabu ini, dengan tarif AS ke atas barangan China turun kepada 30%, manakala tarif balas China ke atas AS pula jatuh kepada 10%.

Namun, tarif yang dikenakan sebelum 2 April – termasuk yang bermula sejak penggal pertama Presiden AS Donald Trump, serta sekatan lain seperti langkah AS untuk menamatkan pengecualian tarif bungkusan bernilai rendah (peraturan “deminis”), dilaporkan masih kekal.

Ini bermakna, China masih berdepan dengan tarif 30% apabila mengambil kira cukai yang dikenakan sebelum 2 April, termasuk dua pusingan tarif fentanyl yang dikenakan pada Februari dan Mac.

Difahamkan, China juga komited untuk menghapuskan langkah balas bukan tarif yang dikenakan terhadap AS sejak 2 April, walaupun masih tidak jelas bagaimana beberapa langkah ini akan ditarik balik.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • China Balas Tarif Trump Dengan 125%, Sindir Akan Jadi ‘Bahan Jenaka’
  • China Dikenakan Tarif Sehingga 245%? Ini Mungkin Penjelasannya
  • iPhone Akan Datang Mungkin Dibuat Di India, Bukan China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY